Pantun |
Sumber |
Tema |
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rasa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asapnya api; Berapa tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapnya hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
Puisi |
---|
|
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 215 When all fruit fails, welcome haws Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|