Pantun |
Sumber |
Tema |
Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Cina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Mana nak lepas lautan api, Intan gemala di mulut naga; Kalau mendapat kehendak hati, Mahal murah saya tak kira. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil kumala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| murah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset, Berantonim dengan mahal
2. Dalam konteks rezeki bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah, |
|
Puisi |
---|
|
Cina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga.
Lihat selanjutnya... |
|