Pantun |
Sumber |
Tema |
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tikar pandan dijual murah, Putih melepak bagaikan upih; Biar badanku menjadi tanah, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Walau banyak cawan dijual, Harga murah cepat larisnya; Walau banyak kawan berbual, Bersua janda cepat jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tikar pandan dijual orang, Putih melepak harga pun murah; Biar badanku tinggal tulang, Kasihku tidak akan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain tilan lain sembilang, Orang membeli di pasar murah; Lain kupesan lain yang datang, Kepalang mandi biarlah basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak burung dadanya merah, Besok hari beralih putih; Beli borong memang murah, Asam manis apa dipilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
|
Tesaurus |
---|
| murah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset, Berantonim dengan mahal
2. Dalam konteks rezeki bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 349 Give a man an inch and he'll take a mile Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi. Makin murah, makin menawar. Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed. Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|