Pantun |
Sumber |
Tema |
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Zaman beralih tetap dipakai; Bila bersatu umat dan teguh, Hilang selisih hidup pun damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai berhelat jamu; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai umat bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjaga diri; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada mengiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai membawa berakah; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| mulia (adjektif) | Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;, | | Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan, |
|
Puisi |
---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
|