Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata adat mengandung kaji, Kaji syarak tiang agama; Lupa adat mendunglah negeri, Negeri rosak orang binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna membeli kerang, Bila isinya mengandung cika; Apa guna menjadi orang, Bila hatinya bohong belaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Wangi sekali minyak senyonyong, Dituang dengan membaca jampi; Lakilah mati awak mengandung, Dipinang orang rasa bermimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Teluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kandung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,
2. Bersinonim dengan peranakan: rahim
| Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan, |
|
Puisi |
---|
|
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.
Lihat selanjutnya... |
|