Pantun |
Sumber |
Tema |
Sapu bukan sebarang sapu, Sapu dapat menyapu rumah; Mahu bukan sebarang mahu, Mahu bertaubat mengaku salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berjalan mahu bertanya, Bila malu tentu tersesat; Adat berkawan mahu bersama, Bila tak mahu seteru dekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apabila mahu ke ladang, Usah lagi membawa talas; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila nangka mahu diperam, Carikan tempat yang teduh; Bila muka selalu masam, Kawan dekat akan menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi dibawa mandi; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dipuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi menyambal belacan; Apabila sudah membantu orang, Usah dikeji disesal-sesalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| mahu (kata kerja) | Bersinonim dengan hendak, ingin, berkeinginan, berkepingin, berhajat, berhasrat, berkenan, bersedia,
sanggup, rela, sudi, reda; suka, gemar, berminat, berharap, bercita-cita, berazam, mengidam,
dahaga akan, damba akan, berahi akan, sir, embuh, kasik, lepau;, | | Kata Terbitan : mahu tak mahu, mahupun, semahunya, semahu-mahunya, kemahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 404 Much would have more Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. Nafsu tidak bertepi I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough. Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|