Pantun |
Sumber |
Tema |
Liat sungguh dahan sialang, Diterpa angin tidak kan patah; Niatku sungguh hendak meminang, Hidup miskin bangsa pun rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanah liat dibuat jubin, Buluh muda dibuat bingkai; Belajar dengan tekun dan rajin, Harapan ibu jangan diabai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Hidup sentosa anak menakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Tentu mendapat anak yang soleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tebu liat si tebu lanjut, Di kilang dipanas mentari; Jatuh berderak tangga anjung, Kerana abang pulang dinihari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam limau di tanah liat, Buah manggis dalam perahu; Belang harimau kalau dilihat, Kena badi saya tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| liat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung, Berantonim dengan rajin
| Kata Terbitan : keliatan, |
|
Puisi |
---|
|
Pulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali.
Lihat selanjutnya... |
|