Pantun |
Sumber |
Tema |
Sapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik menyapu halaman, Jangan tersapu jambangan bunga; Baik-baik lepas di tangan, Lepas dari tangan orang nan punya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ular lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mana nak lepas lautan api, Intan gemala di mulut naga; Kalau mendapat kehendak hati, Mahal murah saya tak kira. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain lepas putus benang, Kain datang Benua Keling; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika tak lepas merendam padi, Akan hancur jadi melukut; Jika tak lepas dendam berahi, Sampai ke kubur kan hamba ikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| lepas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka, Berantonim dengan terikat
2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,
3. Bersinonim dengan lalu: lampau Berantonim dengan sekarang
| Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan, |
|
Puisi |
---|
|
Lepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 519 It's no use to shut the stable door after the horse has bolted Setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak. Sudah karam maka bertimba The gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escaped Galeri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Sudah karam maka bertimba. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|