Pantun |
Sumber |
Tema |
Berangan buah raja, Banyak orang berjaja; Jangan pilih kerja, Kerja apa saja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ramai Cina kerja lombong, Bukit Letung kerja kaci; Abang sungguh tidak sombong, Adik berjalan selalu memuji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila kerja berjaja kapak, Tentulah bersama batu asahnya; Apabila setia menjaga bapak, Tentu Allah memberi kurnia-Nya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila kerja berjaja labu, Tentulah dapat pula menyayur; Apabila setia menjaga ibu, Tentulah rahmat Allah mengucur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 288 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|