Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang tinggi mula-mula nampak, Yang rendah nampak kemudian; Orang memuji berjagalah awak, Orang merendah ajak berkawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pergi kehulu buah rambutan, Sayang durian tiada berbunga; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Mudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan merebatlah tepas, Kerana durian berbunga lagi; Janganlah tuan cakap terlepas, Hari kemudian berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| kemudian (adverba) | Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;, | | Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 170 The early bird catches the worm Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed. Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|