Pantun |
Sumber |
Tema |
Darjat pangkat berserta bintang, Darjat diukur tidak terbilang, Hajat berdagang di tanah seberang, Dapat untung dibawa pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiap mudik perahu nelayan, Membawa jala berserta bubu; Kuharap adik mahu berkawan, Supaya mudah kita bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila termakan ke biji pahit, Berilah cuka berserta madu· Bila kusimpan jadi penyakit, Hendak dibuka berasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menjerat ke hulu Johor, Mencari rusa berserta kijang; Abang ibarat perahu bocor, Siapa pula yang mahu menumpang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| serta (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,
2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,
3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,
4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,
| Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta, |
|
|