Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
memeto | [m«.me.t] | kata kerja | bercakap dengan kuat serta marah-marah. | Bile ayah memeto kecot perot dibuwatnye. | [bi.l« A.jAh m«.me.t k«.tSot p«.Äot di.bu.wAt.ø«] | Apabila ayah sedang marah-marah takut kita dibuatnya. |
lengit | [l«.Nit] | kata adjektif | bau peluh badan yang hangit atau busuk akibat bermain serta berjemur di tengah panas; benget, bau ari. | Tak tahan kawan, lengit na bau badan die. | [tA/ tA.hAn kA.wAn l«.Nit nA bAu bA.dAn di.j«] | Saya tidak tahan kerana bau peluh badannya yang busuk akibat berjemur. |
benget | [b«.Net] | kata adjektif | bau peluh badan yang hangit atau busuk akibat bermain serta berjemur di tengah panas; bau ari, lengit. | Benget bau badan kalau tak mandi lepas nebas. | [b«.Net bAu bA.dAn kA.lAw tA/ mAn.di l«.pAs n«.bAs] | Busuk berbau peluh jikalau tidak mandi selepas menebas. |
bau ari | [bAu A.Äi] | | bau peluh badan yang hangit atau busuk akibat bermain serta berjemur di tengah panas; benget; lenget. | Budak-budak ni bebau ari lepas bejemo kat padang. | [bu.dA/.bu.dA/ ni b«.bAu A.Äi l«.pAs b«.dZ«.mo kAt pA.dAN] | Budak-budak ini berbau peluh busuk selepas bermain di tengah panas di padang. |
kelepon | [k«.le.pon] | kata nama | kuih seperti bola kecil yang dibuat daripada tepung pulut dan berintikan gula melaka atau gula merah serta bersalut kelapa parut, onde-onde buah melaka. | | | |
pendaram | [p«n.dA.ÄAm] | kata nama | sejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
gam | [gAm] | kata adjektif | serta-merta, tiba-tiba. | Tengah kami dok ralet kata kat dia, gam dia mai. | [t«.NAh kA.mi do/ ÒA.let kA.tA kAt di.jA gAm di.jA mAj] | Sedang kami leka mengata-ngatakan tentang dirinya tiba-tiba dia muncul. |
ponen | [po.nEn] | kata nama | lelaki yang perawakan serta lagaknya seperti perempuan, pondan, khunsa, darai, bapuk, banci. | Dia marah bila orang pangge dia ponen, tapi kelaku dia memang macam pompuan. | [di.jA mA.ÒAh bi.lA .ÒAN pAN.gE di.jA po.nEn tA.pi k«.lA.ku di.jA mE.mAN mA.tSAm pom.pu.wAn] | Dia marah bila dipanggil pondan, tetapi memang perawakannya seperti perempuan. |
johama | [dZo.hA.mA] | kata nama | kitab kecil yang digunakan untuk mengajar al-Quran, mengandungi pengenalan huruf Arab dan cara mengeja serta memuatkan surah-surah dalam juzuk akhir (juzuk Amma, muqaddam). | Budak-budak ni lateh baca johama dulu, lepaeh tu baru baca Kuran. | [bu.dA/.bu.dAk ni lA.teh bA.tSA dZo.hA.mA du.lu l«.pAEh tu bA.Òu bA.tSA kur.An] | Budak-budak ini perlu dilatih membaca muqaddam dahulu, kemudian barulah membaca al-Quran. |
menanak | [m«.nA.nA/] | kata kerja | menyerbu disebabkan oleh rasa marah, ingin tahu dan sebagainya, meluru, menerpa. | Bila dia dengaq anak dia kena tumbok, dia mai menanak cari sapa dia buat. | [bi.lA di.jA d«.NA)Ö A.nA/ di.jA k«.nA tum.bo/ di.jA mAj m«.nA.nA/ tSA.Òi sA.pA di.jA bu.wAt] | Bila dia mendengar anaknya kena tumbuk, dia datang dengan serta-merta untuk mencari orang yang melakukannya. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
slalu | [slA.lu] | kata adjektif | tanpa bertangguh-tangguh lagi, terus, serta-merta, segera. | Lepah tahu mok diyo mati, diyo pong jerik slalu. | [l«.pAh tA.hu m/ di.j mA.ti di.j poN dZ:«.Äi/ slA.lu] | Lepas tahu kematian ibunya, dia pun terus menangis. |
ngarok | [N:A.Äo/] | kata nama | mimpi yang pelik dan aneh serta tidak masuk akal. | Mek Yah ngarok male takdi, pasa tu lambak bangun tido. | [mE/ jAh N:A.Äo/ mA.lE tA/.di pA.sA tu lAm.bA/ bA.Nun t:i.do] | Mek Yah bermimpi yang bukan-bukan malam tadi, sebab tu dia bangun lewat. |
kambing nerok | [kAm.beN n«.Äo/] | | sejenis kambing jantan yang besar dan berjanggut panjang serta berbau busuk. | | | |
gomok | [g.m/] | kata nama | 1. sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa serta berbentuk bulat. | Woh gomok diyo pecoh lepah keno tepoh lori. | [wh g.m/ di.j p«.tSh l«.pAh k«.n t«.poh l.Äi] | Tempurung lutut dia pecah selepas dilanggar lori. |
solok lada | [s.l/ lA.d] | | sejenis makanan yang dibuat daripada lada besar (yang hijau) yang disumbat dengan adunan kelapa dan ikan serta direbus bersama sedikit santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
dihumbeh | [di.hum.bEh] | kata adjektif | serta-merta, dengan segera. | Bilo todonga rimau mongaum, tohumbehe dio lari. | [bi.l t.d.NA Äi.mAw m.NAum t.hum.bEh.E di.j lA.Äi] | Bila terdengar harimau mengaum, serta merta dia lari. |
tonggong | [tN.gN] | kata adjektif | berkenaan bentuk badan manusia yang besar serta tinggi. | Lamo tak jumpo, dah tonggong rupoe kau ni jang. | [lA.m tA/ dZum.p dAh tN.gN Äu.p.E kAw ni jAN] | Lama tidak berjumpa, sudah besar panjang rupanya engkau. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
serunding kacang | [s«.Äun.diN kA.tSAN] | | sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis. | | | |
sepet udang | [s«.pet u.dAN] | | dua batang besi yang mengapit serta menyokong roda basikal atau motosikal. | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukaukan. | [s«.pet u.dAN bA.si.kAl A.bAh dAh pA.tAh kAw tu.kAw.kAn] | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukarkan. |
langgai bubu | [lAN.gAj bu.bu] | | bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut. | Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol. | [lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol] | Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul. |
culek arang | [tSu.le/ A.ÄAN] | | amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai. | Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die. | [t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«] | Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya. |
kendarat | [k«n.dA.ÄAt] | kata nama | kumpulan petugas wanita yang menghidang, mengatur dan menjaga makanan dan minuman serta memberikan bunga telur kepada jemputan. | Masa majeles nanti kendarat pakai le baju seragam. | [mA.sA mA.j«les nAn.ti k«n.dA.ÄAt pA.kAj l« bA.dZu s«.ÄA.gAm] | Masa majlis nanti kendarat pakailah baju seragam |
majeles gantong-gantong | [mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN] | | majlis membuat persiapan di dalam rumah (seperti memasang langsir dan lain-lain, serta majlis doa selamat) sebelum hari perkahwinan oleh keluarga terdekat pengantin. | Rumah aku petang ni majeles gantong-gantong datang le! | [Äu.mAh A.ku p«.tAN ni mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN dA.tAN l«] | Di rumah aku petang ini ada majlis gantung-gantung, datanglah! |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
limu | [li.mu] | kata adjektif | berkenaan seseorang yang turut serta dalam sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dia melibatkan diri. | Budok ni nok kene, same limu je dengan orang. | [bu.d/ ni n/ k«.n« sA.m« li.mu dZ« d«.NAn o.ÄAN] | Budak ini hendak kena, mencampuri urusan orang. |
tabak | [tA.bA] | kata nama | bekas daripada tembaga berjeluk, biasanya diisi pulut serta dicacak dengan bunga telur di atasnya. | Buboh due tabak depan pelamen. | [bu.boh du.w« tA.bA d«.pAn p«.lA.men] | Letakkan dua tabak di hadapan pelamin. |
belalang gambo | [b«.lA.lAN gAm.b] | | sejenis belalang sebesar ibu kaki, berwarna hijau dan makan ulat-ulat halus serta daun keladi. | | | |
nebeng | [nùE.beN] | kata kerja | 1. menyertai sesuatu majlis tanpa diundang. | Bile orang beso datang dia nebeng je. | [bi.l« .ÄAN b«.s dA.tAN di.j« nùE.beN dZ«] | Bila ada orang kenamaan datang dia ikut serta. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
merak buih | [m«.ÒA/ buC] | | tersangat sombong serta berlagak | [sejak laki dia jadi YB, bini dia tu cukup merak buih. | [s«.dZA/ lA.ki di.jA dZA.di wAj.bi bi.ni di.jA tu tSu.kop m«.ÒA/ buC] | Semenjak suaminya menjadi Yang Berhormat, isterinya itu tersangat sombong serta berlagak. |
| | | 2. mendengar perbualan dengan penuh minat tetapi tidak ikut serta dalam perbualan tersebut. | Aku dok bang kat kedai kopi orang dok cerita pasai tok pengulu menikah dengan anak dara. | [A.ku do bAN kAt k«.dAj k.pi o.ÒAN do tS«.Òi.tA pa.sAj to/ p«.Nu.lu m«.ni.kAh d«.NAn A.nA/ dA.ÒA] | Saya dengar perbualan di kedai kopi orang bercerita tentang tok penghulu berkahwin dengan anak dara. |
bubu tuaq | [bu.bu tu.wA)Ö] | | Bubu daripada buluh, berbentuk bulat dan panjang serta mempunyai dua injap. Bubu ini digunakan di sawah atau parit. | Kami pakai bubu tuaq bila tangkap ikan kat bendang. | [kA.mi pA.kAi bu.bu tu.wA)Ö bi.lA tAN.kAp i.kAn kAt b«n.dAN] | Kami menggunakan bubu tuaq apabila menangkap ikan di sawah. |
pinggan asahan | [piN.gAn A.sA.hAn] | | pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan tapak gajah | Setengah orang geli nak makan nasik ramai-ramai dalam pinggan asahan. | [s«.t«.NAh o.ÒAN g«.li nA mA.kAn nA.si ÒA.mAj.ÒA.mAj dA.lAm piN.gAn A.sA.hAn] | Ada orang berasa geli hendak makan nasi beramai-ramai dalam pinggan asahan. |
pinggan tapak gajah | [piN.gAn tA.pA gA.dZAh] | | pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan asahan | Ada lagi menaksah yang pakai pinggan tapak gajah. | [A.dA lA.gi m«.nA.sAh jAN pA.kAj piN.gAn tA.pA gA.dZAh] | Ada lagi madrasah yang pakai pinggan tapak gajah. |
| | | 2. menerpa pergi | Bila dapat tau adek dia beretoh reta, dandan tu dia langgah. | [bi.lA dA.pAt tAw A.de/ di.jA b«.Ò«.toh ÒE.tA dAn.dAn tu di.jA lAN.gAh] | Bila mendapat tahu adiknya berlanggar kereta serta-merta dia menerpa pergi. |
| | | 2. berkenaan dengan wajah yang masam. | Lepaih kena jerekah dengan bos, dan-dan tu muka dia keromot. | [l«.pAC k«.nA dZ«.Ò«.kAh d«.NAn bos dAn.dAn tu mu.kA di.jA k«.Òo.mot] | Selepas dimarahi oleh ketuanya, wajahnya serta-merta masam. |
|
Tesaurus |
---|
| serta (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,
2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,
3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,
4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,
| Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.
Lihat selanjutnya... |
|