PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
electron affinity | | | Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol. |
nanorobotics | | | Ilmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser. |
nanostrand | | | Bebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm. |
friction force microscope | | | Peranti yang digunakan untuk mengukur daya geseran pada skala nano. Alur laser dan pengesan fotodiod digunakan untuk menentukan pesongan tip semasa penduga mengimbas permukaan. Geseran diukur dengan mendapatkan garis imbasan pada pelbagai beban tolakan yang diketahui. Penduga silikon pada pelbagai pemalar daya dan jejari tip menyamai nilai antara 150 nm - 200 nm digunakan untuk mengenakan beban normal dalam julat imbasan 5 nm - 700 nm. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM). |
nanobrick | | | Filem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores. |
spectrophotometer | | | Alat yang digunakan untuk mengukur cahaya yang diserap oleh sampel. Teknik spektrofotometer kebanyakannya digunakan untuk mengukur kepekatan zarah (zat terlarut) dalam larutan sampel, dengan mengukur cahaya yang diserap oleh zarah larutan dalam kuvet yang diletakkan dalam spektrofotometer. Spektrofotometer terdiri daripada spektrometer dan fotometer. |
scanning calorimeter | | | Alat termoanalitik yang digunakan untuk mengukur perbezaan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sampel dan suhu rujukan diukur sebagai fungsi suhu. Kedua-dua sampel dan rujukan berada pada suhu yang hampir sama. |
counterion | | | Ion yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan neutral dalam larutan ionik. Contohnya, kation natrium (Na+) dalam garam biasa ialah ion penimbal untuk anion klorin (Cl-) dan sebaliknya. |
ion etching | | | Proses punaran menggunakan plasma aktif kimia untuk menyingkirkan bahan yang terenap pada wafer. Teknologi punaran ini digunakan untuk mikrofabrikasi. |
cognotechnology | | | Bidang teknologi terkini yang digunakan untuk kognitif domain hasil daripada gabungan antara nanoteknologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Contohnya, penggunaan nanoteknologi dalam implan otak untuk membolehkan otak yang rosak berfungsi secara normal. |
|
Tesaurus |
---|
| untuk (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,
2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,
3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,
4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,
| Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Lihat selanjutnya... |
|