PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
secondary electron | | | Jenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel. |
Cooper pair | | | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
low energy electron diffraction (LEED) | | | Belauan elektron bertenaga 5 eV - 500 eV oleh suatu hablur. Elektron yang terserak tanpa kehilangan tenaga dipecutkan ke skrin pendarfluor untuk menghasilkan corak belauan. Belauan ini digunakan untuk mengkaji struktur permukaan hablur tunggal. |
low-voltage scanning electron microscope (LVSEM) | | | Mikroskop elektron yang beroperasi pada voltan pemecut 5 kiloelektronvolt (keV) atau kurang. Mikroskop elektron konvensional menggunakan voltan 10 1000 kilovolt. |
large porous particle (LPP) | | | Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan. |
compact scanning electron microscopy | | | Kaedah yang digunakan untuk mengimbas elektron dengan menggunakan voltan rendah bagi menghasilkan imej kontras permukaan pada resolusi yang tinggi. |
Raman scattering | | | Keadaan penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. |
siderophore | | | Molekul yang mengikat dan mengangkut ion besi Fe3+, dalam organisma atau tumbuhan. Ion besi mempunyai kelarutan yang rendah pada pH neutral dan tidak dapat digunakan oleh organisma atau tumbuhan. Molekul ini melarut ion sebagai kompleks Fe3+ dan seterusnya diangkut ke tempat yang dikehendaki. |
Coulomb blockade nanotube | | | Nanotiub yang meningkatkan rintangan pada voltan pincang kecil dalam alat elektronik yang mengandungi sekurang-kurangnya satu simpang terowong kapasitans rendah. Proses ini berlaku berasaskan kesan penghalang Coulomb yang hanya terdapat pada bahan berstruktur nano seperti nanotiub dan bintik kuantum. |
wet chemical process | | | Satu proses menghasilkan bahan tertentu bermula daripada larutan bahan kimia seperti sol-gel dan sepemendakan. Proses ini merupakan teknik kos rendah untuk menyediakan nanozarah, bintik kuantum, nanorod dan nanowayar. |
|
Tesaurus |
---|
| rendah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks suara bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring, Berantonim dengan tinggi
3. Dalam konteks harga bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam, Berantonim dengan tinggi
4. Dalam konteks pendapatan bersinonim dengan kecil, sedikit, Berantonim dengan tinggi
| Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.
Lihat selanjutnya... |
|