Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - Prinsip-Prinsip Asas
Dasar Luar Malaysia PRINSIP-PRINSIP ASAS Prinsip asas tertentu yang mengawal hubungan antara negara akan terus menjadi panduan dalam hubungan Malaysia dengan negara lain. Ini merujuk kepada kesamaan kedaulatan dan perasaan saling menghormati terhadap keutuhan wilayah, tiada pencerobohan, sikap tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, penyelesaian pertelingkahan secara aman serta manfaat bersama dalam hubungan dan kewujudan bersama secara harmoni. Foto : Mesyuarat kebaikan dalam usaha menggalakkan hubungan sesama negara jiran. MemMengenai dasar tidak campur tangan, pengecualian dibuat dalam keadaan tertentu yang ekstrem. Kekejaman berdarah, penghapusan bangsa dan kekejaman sesetengah pihak yang bertentangan hati nurani kita. Keadaan ini menyeru semangat pragmatik kepada kita atas dasar kemanusiaan disamping mengakui peranan utama PBB dalam menyelesaikan masalah tersebut. Print • INFORMASI KORPORAT • Ketua Setiausaha • Sejarah KLN • Rangka Kerja
|
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
|