PeribahasaDitolak tak tumbang.TakrifPendirian yang teguh; orang yang banyak harta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya.TakrifApabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar.TakrifWalaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya.TakrifOrang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya. baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga.TakrifOrang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar merangkak jangan menjalar.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tumbang (kata kerja) | Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;, | | Kata Terbitan : menumbangkan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang.
Lihat selanjutnya... |
|