PeribahasaPeluru perak pemecah kubu yang kuat.TakrifWang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi dalam kepuk.TakrifSesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menyukat belut hidup.TakrifMelakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Menggantang anak ayam, c. Menggantang asap, mengukir langit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin bersiru, ombak bersabung.TakrifPerkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin berputar, ombak bersabung.TakrifPerkara yang amat sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau getah meleleh, kalau daun melayang.TakrifDalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelur di hujung tanduk.TakrifDalam keadaan bahaya; serba sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk.TakrifMenghadapi perkara yang sangat sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima.TakrifMelakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b. Menggantang asap, mengukir langit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDigenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.TakrifMenghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sulit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,
2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah, Berantonim dengan terang-terang
3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,
| Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan, |
|
|