PeribahasaLamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.TakrifKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).TakrifKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga.TakrifAdat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang sukar baru kaya.TakrifSombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMahal dibeli sukar dicari.TakrifSesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRongkongan menghadap hilir.TakrifSukar mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing lepas senja.TakrifSukar dicari; merasa senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDirendam tak basah.TakrifSangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDirebus tak empuk.TakrifSangat sukar dikalahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
Puisi |
---|
|
Anak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan.
Lihat selanjutnya... |
|