PeribahasaSerta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi.TakrifApabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertumpang di biduk tiris.TakrifIkut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.TakrifOrang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.TakrifOrang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSangkar emas, tenggeran suasa.TakrifLelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumur digali air terbit.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.TakrifSumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.TakrifJika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit.TakrifAnak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| serta (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,
2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,
3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,
4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,
| Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.
Lihat selanjutnya... |
|