PeribahasaSelera bagai taji, tulang bagai kanji.TakrifOrang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelera bagai cetus api.TakrifSangat rakus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bagai orang patah selera, banyak makan.TakrifPura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.TakrifOrang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepuk dada tanya selera.TakrifSesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam.TakrifOrang tua yang kemuda-mudaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.TakrifSungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| selera (kata nama) | 1. Dalam konteks makanan bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,
2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat, Berantonim dengan kebencian
3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,
| Kata Terbitan : berselera, menyelerakan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.
Lihat selanjutnya... |
|