PeribahasaRasa termengkelan di hati.TakrifMerasa musykil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRasa tak mengapa hidung dikeluani.TakrifOrang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRasa pedih cuping telinga.TakrifMarah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.TakrifPekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak rasa di liang lahad.TakrifDalam kesempitan. lahad = lubang kubur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rasa batang pisang.TakrifTubuh seseorang yang terlalu dingin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTurutkan rasa binasa, turutkan hati mati.TakrifOrang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi.TakrifTiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak rasa ubi pula gadung.TakrifOrang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa kuda pula kukuran). gadung = ubi hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali jangan putus, kaitan jangan serkah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
Puisi |
---|
|
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.
Lihat selanjutnya... |
|