PeribahasaSembunyi-sembunyi puyuh.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.TakrifMemuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSigai dua segeragai.TakrifPerkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.TakrifHendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKudis menjadi tokak.TakrifPerkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRaga menanti pecah.TakrifPerkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi dalam kepuk.TakrifSesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakak sudah, silat teringat.TakrifPerkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. cakak = kelahi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenting putus, biang tembuk.TakrifPerkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| perkara (kata nama) | 1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,
2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,
| Kata Terbitan : memperkarakan, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak ubi perkara ubi, Ubi mana orang tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi mana orang kenangkan?
Lihat selanjutnya... |
|