PeribahasaMurah di mulut, mahal di timbangan.TakrifBanyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLagi murah, lagi ditawar.TakrifMakin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakin murah, makin menawar.TakrifMakin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi murah, lagi ditawar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.TakrifSudah terlambat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi tanggal, rawan murah.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.TakrifSesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgih-agih kungkang.TakrifTerlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bertanak di kuali.TakrifTerlalu murah hati sehingga binasa kerananya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.TakrifSungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengah tulang punggung (= bubungan).TakrifMahal tidak, murah pun tidak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| murah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset, Berantonim dengan mahal
2. Dalam konteks rezeki bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.
Lihat selanjutnya... |
|