PeribahasaBatu kecil berguling naik, batu besar berguling turun.TakrifOrang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.TakrifYang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.TakrifHemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar diambak, tinggi dianjung.TakrifOrang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaduk naik junjung.TakrifOrang hina merasa dirinya mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi dianjung, besar dilambuk.TakrifOrang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCacing menjadi ular naga.TakrifOrang hina menjadi orang mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.TakrifOrang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.TakrifPekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSubur kerana dipupuk, besar kerana diambak.TakrifOrang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
217 | Better give than take | Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. | Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima | Believing that better give than take, they donated half of their earnings to the needy. | Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
219 | It's better to give than to receive | Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. | Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah | Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy. | Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
218 | It's better to give than to receive | Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. | Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima | Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy. | Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
221 | It's more devine to give than to receive | Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. | Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah | Believing that it's more devine to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy. | Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
220 | It's more blessed to give than to receive | Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. | Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima | Believing that it's more blessed to give than to receive , they donated half of their earnings to the needy. | Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mulia (adjektif) | Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;, | | Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan, |
|
Puisi |
---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 219 It's better to give than to receive Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy. Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|