PeribahasaDuduk dengan cupak dan gantang.TakrifKetua yang adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana.TakrifKetua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah yang disembah, junjung yang dipanjat.TakrifPemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGanti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.TakrifMencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembangkit-bangkit batang terendam.TakrifMengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.TakrifPerempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerasuk seperti polong tak berjinjang.TakrifBerkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ketua (kata nama) | Bersinonim dengan pengetua, pemimpin, khalifah, pengarah, penghulu, pemandu, tekong, kapten,
batin, undang, penggawa, mandur, penyelia, pengurus, gabenor, lurah, nakhoda, juragan,
jurumudi, panglima, hulubalang, majikan;, | | Kata Terbitan : berketuakan, mengetuai, |
|
|