PeribahasaTamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.TakrifPerolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.TakrifBekerja dengan tidak menurut peraturan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.TakrifMenyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.TakrifKerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbuat kerja seperti yajud wa majud.TakrifSeseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbuat kerja seperti Mak Judai.TakrifSelalu membengkalaikan pekerjaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting.TakrifMalas bekerja tetapi banyak makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedikit kerja, banyak berantun.TakrifOrang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilang berpangkal, kerja berjunjung.TakrifDalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan.TakrifKerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
|