PeribahasaBiar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian, b. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu sorak, kemudian tohok.TakrifMenggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMamah dulu kemudian telan.TakrifSesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelilit dulu kemudian memanjat.TakrifPerbaikilah diri sendiri dulu sebelum melakukan sesuatu usaha yang lebih besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar sakit dulu senang kemudian.TakrifBiarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPahit dulu, manis kemudian.TakrifPerjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedap dulu, pahit kemudian.TakrifBersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari).TakrifJanji hendaklah ditetapi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kata biarlah kota).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kemudian (adverba) | Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;, | | Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan.
Lihat selanjutnya... |
|