PeribahasaMenggali paya menimbun bukit.TakrifMembantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.TakrifMembantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedatar saja lurah dengan bukit.TakrifTidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.TakrifOrang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.TakrifOrang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemberi garam kepada laut.TakrifMenolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak.TakrifPerbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGeneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.TakrifMenunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk dengan sukatan.TakrifOrang yang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersisih antah dengan beras.TakrifTersisih orang miskin daripada orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kaya (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berharta: berkuasa, berada, berwang, mampu, berpunya,
mewah, gana, ghani, sugih, melimpah-limpah, hartawan, dermawan,
2. Bersinonim dengan kaya dengan: subur, produktif, berhasil, banyak, lebat,
mempunyai, mengandungi,
| Kata Terbitan : mengayakan, memperkaya, terkaya, kekayaan, pengayaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.
Lihat selanjutnya... |
|