Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bila hidup tidak muafakat banyaklah runding tidak terdedat banyaklah orang hidup tersesat kerja yang baik menjadi jahat di dalam air perahu tersekat. apa makna TERDEDAT dalam pantun di atas? terima kasih | Perkataan dedat atau terdedat tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Makna | 13.05.2010 |
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil. Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang. Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut. | Lain-lain | 28.04.2008 |
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'? | 1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita. 2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain". 3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 20.05.2009 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| sekat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan adang: tabir, skrin, sekeram, penutup, tebeng, tedeng, abar-abar, sekesel, tirai, paldu, kerai, gorden, belat, bidai, layar, perdah, kelir, gardin, langsir, korden, benteng, tambak, tembok, penghalang,
2. Bersinonim dengan halangan: rintangan, galangan, adang-adang, lintangan, balok, gandalan, batu penarung, anca, hambatan, sandungan, taazur, Berantonim dengan galakan
| Kata Terbitan : bersekat, bersekat-sekat, menyekati, tersekat, tersekat-sekat, sekatan, penyekatan, penyekat, |
|
|