Kata |
Takrif |
Sumber |
rintangan | sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rintangan | sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gendala | halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalanghalangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandung II | ; menyandung melanggar sesuatu (dgn kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pd sesuatu: kakiku ~ pd sebatang akar getah; 2. ki mendapat sesuatu rintangan (ke-susahan dll); sandungan = batu ~ rintangan (galangan, halangan, dll); sadung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halang | ; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi, menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut; kerana banyak sangat perkara yg menghalang maka pertemuan itu ditangguhkan; menghalangkan meletakkan sesuatu melintang; terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, terhambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; halangan 1. aral, gangguan, rintangan, tegahan: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg menghalang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan); penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabir besi | rintangan yg dianggap sbg penghalang pertukaran fikiran atau sbg penghalang penyebaran berita secara bebas antara negara yg di bawah kuasa komunis dgn negara lain di dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hambatan | halangan; rintangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu sandungan | rintangan (galangan, halangan, dll); sadung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandungan | = batu ~ rintangan (galangan, halangan, dll); sadung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendala | 1. rintangan, halangan, gendala; 2. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; 3. sesuatu yg mengekang: ~ kewangan; mengendalakan merintangi, menghalangi: kepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
insurmountable | adj insuperable, tdk dapat diatasi: ~ obstacles, rintangan-rintangan yg tdk dapat diatasi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
daunt | vt 1. (before the event), (act.) menggentarkan; (pass.) menjadi gentar: obstacles that would have ~ed a less courageous man, rintangan-rintangan yg pasti menggentarkan sso yg tdk sebegitu berani; 2. (after the event) , (act.) menjadikan serik, menjerakan, menjerankan; (pass.) serik, jera, jeran: he was not ~ed by his failure, dia tdk serik oleh kegagalannya; nothing ~ed, dgn tabah hati; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hindrance | n 1. obstruction, impediment, halangan, hambatan, rintangan: lack of funds was a real ~ to our plans, kekurangan wang benar-benar menjadi rintangan kpd rancangan kami; 2. so. who is an obstacle, penghalang; be more of a ~ than a help, lebih menghalang drpd membantu: she is more of a ~ than a help, dia lebih menghalang drpd membantu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bar | 6. (of soap) a. (long block) batang; b. (cake) buku; 7. obstacle, rintangan: a policy which is a ~ to international understanding, dasar yg menjadi rintangan kpd persefahaman antarabangsa; a ~ to success, rintangan kpd kejayaan; 8. sand-bar, beting pasir; 9. see Bar; 10. room, counter where alcoholic drinks are served, bar; 11. (mus) bar; 12. (of colour, light) sorotan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
barrier | b. (prevents access to enclosed place) sekatan: there will be so. collecting tickets at the ~, ada orang yg akan memungut tiket di sekatan itu; c. (maintains separation, demarcates) sekatan, penyekat, perintang, penghalang: the wall acts as a ~ that separates East and West Berlin, tembok itu menjadi penghalang yg memisahkan Berlin Timur dr Berlin Barat; 2. hindrance, rintangan, halangan: illiteracy is a ~ to progress, buta huruf menjadi rintangan kpd kemajuan; trade ~s, halangan perdagangan; 3. obstacle to union, communication, rintangan: psychological ~s, rintangan psikologi; language ~, rintangan bahasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
balk | n 1. beam, alang; 2. hindrance, halangan, rintangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insulation | n 1. act, state of, a. (covering or being covered with protective material) penebatan: ~ resistance, rintangan penebatan; ~ test, ujian penebatan; b. (segregating) pemisahan, pengasingan; 2. insulating material, bahan penebat: some of the ~ had come off, sebahagian drpd bahan penebat itu telah tanggal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
break | ~ through st, penetrate st a. (with force) merempuh sst: the crowd broke through the barriers, orang ramai telah merempuh rintangan; the convoy had to ~ through the German blockade, konvoi itu terpaksa merempuh sekatan Jerman; b. (of sun, moon, etc) menembusi sst: the sun broke through the clouds, cahaya matahari menembusi awan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
corrosion | n 1. (act, process) pengakisan; 2. (product) kakisan: the ~ on the cars body, kakisan pd badan kereta; ~ resistance, rintangan kakisan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hurdle | n1. frame for jumping over or for temporary fencing, pagar (lompat): the first runner is over the last ~, pelari pertama telah melepasi pagar lompat yg terakhir; 2. (in pl), (sport) acara lompat pagar: he hopes to win the ~s, dia berharap akan memenangi acara lompat pagar; 3. (fig.) obstacle, halangan, rintangan: the interview on Monday is the final ~ that he must take, temu duga pd hari Isnin ini merupakan rintangan yg terakhir yg harus dihadapinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
thermistor | termistor | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen litar rintangan yang mempunyai pemboleh ubah rintangan suhu negatif yang meningkat jika suhu rintangan berkurangan. |
resistance exercise | senaman rintangan | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Aktiviti fizikal yang menggunakan kekuatan otot untuk mengangkat berat atau menjalankan kerja melawan beban rintangan. Berat badan seseorang juga boleh digunakan bagi membekalkan rintangan seperti apabila seseorang melakukan aktiviti bangkit tubi dan mendagu. |
effective resistance | rintangan berkesan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jumlah rintangan hasil gabungan lain yang disambung secara bersiri atau selari. |
resistance | rintangan | Perikanan | Akuakultur | Kemampuan ikan untuk menahan dan tidak terjejas dengan serangan patogen tertentu. Rintangan juga merupakan keupayaan patogen untuk menahan kesan antibiotik atau kimia akibat daripada penggunaan kimia dan antibiotik yang berlebihan atau secara berterusan tanpa kawalan. |
accommodation device | peranti penyesuaian | Sains Sukan | Biomekanik | Peranti pada peralatan bebanan atau rintangan yang boleh diubah suai untuk mengimbangi daya yang dikenakan oleh pelaku. Bebanan atau rintangan dikawal melalui pelbagai cara seperti sistem gear, geseran dan silinder hidraulik. Peranti ini hanya terdapat pada peralatan berbentuk mesin. Peranti ini juga boleh mengurangkan risiko kecederaan dan memudahkan pengguna untuk melakukan senaman. |
oil viscosity | kelikatan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran rintangan terhadap aliran minyak yang diukur dalam unit kg/ms, P (Poise) atau St (Stokes) atau dalam bentuk indeks kelikatan piawai. Nilai tinggi menandakan rintangan yang lebih terhadap aliran, menyebabkan aliran mengalir dengan lebih perlahan. Pada masa yang sama, nilai tinggi juga menandakan keupayaan minyak untuk menanggung beban yang tinggi. Kelikatan minyak berubah dengan kadar songsang terhadap suhu. Minyak yang baik ialah minyak yang dapat mengekalkan kelikatannya dalam enjin pada julat suhu yang besar. |
giant magnetoresistance (GMR) | magnetorintangan raksasa (GMR) | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |
resistance | rintangan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sifat bahan yang menentang arah aliran arus elektrik, dinyatakan dalam unit ohm. |
resistance | rintangan | Kejururawatan | Tiada | Daya keimunan yang dimiliki oleh badan seseorang. |
fire resistant | rintangan api | insurans | Tiada | Pembinaan mengikut piawai tertentu yang direka untuk menahan kebakaran dan mengurangkan rebakan kebakaran. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ohm | unit rintangan elektrik. | Melanau Mukah | |
empang 1 | empang; ampang; ampangan; rintangan; belat; 2 sj taring yg direntang di sungai utk menangkap ikan; | Iban | |
vol | unit tenaga elektrik yg diperlukan utk mengalirkan satu ampere arus elektrik melalui rintangan satu ohm, volt. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan. (BIO) abohm (abohm) Unit ukuran rintangan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -9 ohm. (KEJ) abomasum (abomasum) Bahagian keempat dan terakhir perut haiwan ruminan, yang merupakan ruang pencernaan sebenar. Bahagian ini dilapisi mukosa yang mengandungi sel 02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain yang menyebabkan keguguran. (UBAT) abortus fever (demam abortus) Lihat brusellosis. (UBAT) abrasion resistance (rintangan lelasan) Rintangan terhadap geseran permukaan yang berlaku pada struktur. (KEJ) abreaction (abreaksi) Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe
|
Kamus Thai 2.indb keturunan Thai. สู ่ สม [-som] ดู สมสู ่ สู ้ [su:] ก melawan, berlawan: ชายคนนี้ ยอมสู ้ ก ั บอุปสรรคในทุกรูปแบบก ่ อนจะประสบ ความสำเร็จ Lelaki ini sanggup melawan segala bentuk rintangan sebelum men- capai kejayaan. สูง [su:] ว tinggi สูจิบัตร [su:cibat] น atur cara สูญ [su:n] ก hilang: ทร ั พย ์ สินของเขาสูญ ไปก ั บกองเพลิงน ั ้น mengumpamakan: ผู ้ ประพันธ ์ อุปมาผู ้ หญิงสวยดั่ งดอกกุหลาบ Pengarang mengumpamakan gadis yang cantik sebagai bunga mawar. อุปรากร [uppara:k:n] น opera อุปสมบท [uppasombot] ดู บวช อุปสรรค [uppasak] น rintangan อุ ้ ม [um] ก mendukung: ผู ้ หญิงคนนั้ นอุ ้ ม ลูกของเธอ Wanita itu mendukung anak nya. อุโมงค ์ [umo:] น terowong อู ่ [u:] น 1 (ช่าง
|
Kamus Thai 2.indb า [-fa:] ก menempuh: หากคุณต ้ องการ ความสำเร็จคุณต ้ องฟันฝ่าอุปสรรคต ่ าง ๆ เหล ่ านั้ นให ้ ได ้ Sekiranya anda ingin mencapai kejayaan anda mesti me nempuh segala rintangan. ฟั่น [fan] ก memintal: ชาวประมงฟั ่ นเชือก ไนล ่ อนเพื่ อทำอวน Nelayan itu memintal tali tangsi untuk dijadikan tali aris pukat. ฟั่นเฟือน [fanfan] ว kurang siuman: ความจำของคุณปู่ฟั ่ นเฟือนแล ้ |
Kamus Thai 2.indb ั ญตา [-ta:] น tuah mata ขว ั ญอ ่ อน [-:n] ว lemah semangat ขวา [kwa:] ว kanan ขวาก [kwa:k] น seligi pacak ขวากหนาม [-na:m] น rintangan, ha- langan ขวาง [kwa:] ก menghalang, menga- dang, menyekat ขว ้ าง [kwa:] ก melemparkan, mem- baling, melontar: ทหารขว ้ างระเบิดมือใส ่ ข ้ าศึก Askar melemparkan bom
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rintangan | [rin.ta.ngan] | رينتڠن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
rintangan | resistance | Keupayaan sesuatu bahan untuk mengehadkan atau menentang aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
rintangan | resistance | Nisbah beza keupayaan merentasi sesuatu komponen elektrik kepada arus yang mengalir melaluinya. | Menengah Atas |
rintangan dalam | internal resistance | Rintangan yang terdapat di dalam sumber tenaga elektrik seperti sel, dinamo, atau akumulator untuk menentang gerakan cas. | Menengah Atas |
rintangan berkesan | effective resistance | Rintangan yang dihasilkan daripada gabungan beberapa perintang yang disambung secara bersiri atau selari. | Menengah Atas |
ohm | ohm | Unit untuk mengukur rintangan elektrik. Simbol . | Menengah Rendah |
litar pintas | short circuit | Sambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Menengah Rendah |
superkonduktor | superconductor | Konduktor yang mempunyai rintangan yang sangat kecil terhadap aliran arus elektrik. | Menengah Atas |
perintang piawai | standard resistor | Perintang yang mempunyai kadar rintangan yang telah ditetapkan. | Menengah Rendah |
aloi superkonduktor | superconductor alloy | Kumpulan aloi yang mempunyai rintangan elektrik yang sifar pada suhu tertentu dan boleh mengalirkan elektrik. | Menengah Atas |
kekerasan | hardness | Sifat jirim dalam fasa pepejal yang memberikan rintangan yang tinggi kepada pelbagai jenis perubahan bentuk apabila daya dikenakan. | Menengah Atas |
|
|