Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Kekeliruan tenang penggunaan perkataan berimbuhan diper.. Dipersendakan orang @ dipersendai orang | Dipersendakan orang | Lain-lain | 14.05.2019 |
Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan? | Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Ryan Tan kelihatan gugup ketika ditanya oleh guru disiplin tentang pergaduhan itu. Apakah antonim bagi perkataan gugup yang betul tabah/gagap/tenang/bingung | Berdasarkan ayat tersebut, antonim yang sesuai bagi perkataan gugup ialah tenang. | Tatabahasa | 19.03.2014 |
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali. | Saudara Waypenglee, Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut: i. subur ii. penuntut iii. sangat tenang sekali Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.06.2009 |
Tuan, Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah: 1. Tampaknya wanita itu telah dapat menerima pemergian anaknyaitu kerana dia lebih tenang dari tadi. Terima kasih. | Ayat tidak tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Wanita itu telah dapat menerima pemergian anaknya kerana dia kelihatan lebih tenang dari tadi. | Tatabahasa | 04.01.2018 |
Salam sejahteraan.1.Saya nak tanya tentang peribahasa air tenang jangan disangka tiada buaya,bolehkah saya gunakannya untuk menjelaskan sesuatu situasi yang nampaknya selamat tetapi sebenarnya tidak?2.peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas bermaksud adat yg tidak berubah,bolehkan saya gunakannya untuk menunjukkan keyakinan ,matlamat atau perkara lain yang tidak berubah walaupun mengalami cabaran? terima kasih | Salam, Berpandukan kepada makna kedua-dua peribahasa yang diberikan di bawah, tuan/puan boleh melihat kesesuaian peribahasa tersebut dengan situasi yang hendak disampaikan atau yang berlaku. 1. Peribahasa Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Takrif: Orang yang diam jangan disangka pengecut. 2. Peribahasa Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Takrif: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. | Lain-lain | 13.10.2016 |
otak yang cerah membolehkannya menjawab soalan dengan tenang. (Munsyi, adakah cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? TK banyak) | Penggunaan perkataan cerah sesuai digunakan. Menurut Kamus Dewan, cerah merupakan kata kiasan yang bermaksud berakal dan cerdik. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cerah. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Datuk Ying sering dimasukkan ke dalam hospital kerana tubuh badannya yang telah uzur. Pilih perkataan antonim bagi uzur. A. tenang B. cerdas C. muda D. sihat Apakah jawapan yang sesuai? | Antonim bagi perkataan uzur ialah D. Sihat | Tatabahasa | 06.05.2019 |
maksud perkataan kalem | Maksud perkataan kalem mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah "tidak terburu-buru atau tergesa-gesa, sabar, tenang". Perkataan ini ialah bahasa Indonesia Belanda. | Makna | 04.10.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| tenang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora, Berantonim dengan bergelora
2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem, Berantonim dengan runsing gelabah
3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun, Berantonim dengan huru-hara
| Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang, |
|
Puisi |
---|
|
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 19 A barking dog never bites Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Hari guruh tak akan hujan "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Hari guruh tak akan hujan ," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|