Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul: 'Lain-lain tempat' atau 'Tempat-tempat lain' atau 'tempat lain-lain'? | Frasa yang betul ialah 'Tempat-tempat lain'. | Tatabahasa | 23.02.2011 |
Mana betul : Lain-lain tempat atau Tempat-tempat lain? | Saudara, Frasa yang betul ialah 'Tempat-tempat lain'. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 06.09.2012 |
Terima kasih kerana telah menjawab soalan tentang Tempat-tempat lain. Tetapi saya masih ingat, Cikgu saya mengajar "lain-lain tempat". Adakah kerana hukum ini telah berubah atau saya telah salah diajar sebelum ini? | Sama-sama saudari Sabrina. Penggunaan frasa yang betul ialah 'tempat-tempat lain' Hal ini kerana frasa tersebut perlu mematuhi hukum D-M. Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : tempat-tempat (diterangkan) lain (menerangkan); guru(diterangkan)bahasa (menerangkan); lampu(diterangkan) minyak (menerangkan). Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 376 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2012 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Frasa yang manakah betul? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta. | Dalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta". | Tatabahasa | 26.04.2010 |
penggunaan 'lain-lain'.contoh,'lain-lain tempat' | Penggunaan yang betul ialah tempat-tempat lain dan hal-hal lain. Penggunaan lain-lain lazimnya digunakan seperti dan lain-lain atau dan yang lain-lain. | Tatabahasa | 05.09.2011 |
2) antara ayat ' sertai kami ditempat-tempat berikut' & ' sertai kami ditempat berikut' - ayat mana yang betul penggunaanya? sekian terima kasih :-) | Jika ada beberapa tempat, yang betulnya ialah "sertai kami di tempat-tempat berikut, iaitu ...:" Jika satu tempat gunakan "sertai kami di tempat berikut, iaitu..." | Lain-lain | 04.04.2007 |
berbanding dengan atau berbanding di tempat-tempat yang lain. | Penggunaan yang betul ialah 'berbanding dengan'. | Tatabahasa | 26.02.2010 |
Yang manakah betul tentang ayat di bawah? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta Terima kasih | Dalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta". | Tatabahasa | 26.04.2010 |
tempat meletak kereta / tempat letak kereta? | Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
Puisi |
---|
|
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Lihat selanjutnya... |
|