Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon cadangan tuan untuk menyuntingnya. 'Dari segi segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran graduat pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing.' Terima kasih. DZULHIJAH SOKARNO | Dari segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Encik, Antara "dari segi kewangan" dengan "daripada segi kewangan" yang manakah betul? Mengapakah? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "dari segi kewangan" kerana kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama daripada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan artau perbezaaan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.03.2009 |
As salam, yang manakah yang betul, dari segi atau daripada segi, dari perspektif atau daripada perspektif ? Pesaka atau pusaka ? | Frasa yang betul ialah dari segi dan dari perspektif. Ejaan yang betul ialah pusaka. | Tatabahasa | 20.09.2013 |
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih | Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya), arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'. | Tatabahasa | 03.04.2011 |
Aktiviiti bersukan /aktiviti sukan? Apakah perbeazannya dari segi semantik?? | Dari segi semantik sukan merujuk segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan, manakala bersukan bermaksud melakukan atau bergiat dalam sukan. Oleh itu frasa yang betul ialah aktiviti sukan, iaitu kegiatan yang berkaitan dengan sukan, manakala frasa "aktiviti bersukan" bermaksud aktiviti itu yang melakukan kegiatan sukan dan dari segi semantik adalah tidak tepat. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Salam 1Bahasa, 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat: a)'dari segi', b)'daripada segi', c)'dari aspek', atau d)'daripada aspek' 2. Ayat yang manakah yang gramatis: a)"Aspek ketatabahasaan Bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" ATAU b)"Aspek ketatabahasaan dalam bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" 3. Terjemahan slogan 'Stability Above Chaos' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih. | 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat ialah dari segi dan'dari aspek. 2. Ayat yang lebih gramatis ialah 'Aspek ketatabahasaan bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru'. 3.'Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'Stability Above Chaos' dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan Kestabilan Mengatasi Kekacauan. Jika tidak bersesuaian, sila nyatakan konsep slogan tersebut. | Tatabahasa | 17.02.2013 |
maksud "pencabulan hak asasi manusia" maksud dari segi perkataan dan dari segi sudut malaysia | Perbuatan mencabul hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2009 |
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Dari segi 2. Dari aspek 3. Dari sudut 4. Kata alu-aluan | Tatabahasa | 21.02.2010 |
Antara berikut, penggunaan kata sendi nama yang manakah adalah tepat ? dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi... dari segi .... atau daripada segi .... | Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, masa, tempat. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaannya. Oleh itu, frasa yang tepat ialah dari sudut ekonomi, dari segi moral (penggunaan kata sendi nama ini menunjukkan tempat atau arah). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 9: Kata Tugas), halaman 268. | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penghasilan soalan klon mengikut kertas peperiksaan. Saya merupakan seorang editor, saya ingin tahu dari segi apa yang dikatakan sebagai soalan klon?Adakah melalui isinya yang ditiru hampir dengan soalan kertas peperiksaan, atau dari segi format, atau dari segi jenis atau struktur soalan?Acapkali definisi soalan klon yang saya dapat melalui penulis agak berbeza-beza. Atau sebenarnya soalan klon itu bergantung kepada penulis itu sendiri untuk 'meniru' bahagian2 tertentu atau sebenarnya selama ini para penulis kami silap tafsir dalam definisi soalan klon kertas peperiksaan?Dan jika sudah namanya soalan klon, adakah ini bermakna setiap penggunaan tatabahasa seperti imbuhan 'kan', atau sebagainya perlu sama seperti kertas peperiksaan?Harap2nya soalan saya ini jelas dan semoga DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan klon bermaksud produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak ada tafsiran yang jelas tentang soalan klon yang saudara perlukan dalam pangkalan data kami. Hal ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih arif termasuklah dalam hal perundangan, sedangkan kamus hanya dapat memberikan makna kata tersebut dari aspek umum. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| segi (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,
2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,
3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,
| Kata Terbitan : bersegi, |
|
Puisi |
---|
|
Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan.
Lihat selanjutnya... |
|