Kata |
Takrif |
Sumber |
jurai-jurai | sj tumbuhan (pokok), pokok gajah beranak, putat nasi, Barringtonia spicata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
candelier (candélier) | lampu gantung hiasan yg mempunyai banyak cabang mentol atau lilin, jurai-jurai kaca, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurai | 1 jalur (kain dll) yg panjang; lajur. 2 ikatan benda yg berjuntai (rambut dll). 3 susunan yg berturut-turut; rangkaian; rentetan: ~ keturunan raja-raja. berjurai bergantung berumbai-rumbai; berhelai-helai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurai | 1. jalur (kain dll) yg panjang; lajur. 2. ikatan benda yg berjuntai (spt rambut dll). 3. susunan yg berturut-turut; rangkaian; rentetan: ~ keturunan raja-raja. berjurai bergantung berumbai-rumbai; berhelai-helai. | Kamus Pelajar |
jurai | 1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~ besi tuang yg tebalnya ; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang, rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai; berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang; juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjurai | 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjurai-jurai | , berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjurai-jurai | , terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinasti | jurai keturunan raja-raja (pemerintah) dr keturunan atau dr keluarga yg sama; wangsa: ~ Ming. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dinasti | jurai keturunan raja-raja (pemerintah) dr keturunan atau dr keluarga yg sama; wangsa: ~ Ming. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
tinsel | n 1. glittering metallic substance used as decoration, jurai: they bought yards of ~ to decorate the Christmas tree, mereka membeli berela-ela jurai utk menghias pokok Krismas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ravel | vi fray, berambu-rambu, berjurai-jurai: the edges are bound so that they will not ~, tepi-tepinya diikat supaya tdk berambu-rambu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
line 1 | I can trace my ~ back a few hundred years, saya dapat mengesan jurai keturunan saya sehingga beratus-ratus tahun yg lalu; he comes from a long ~ of lawyers, dia datang drpd keluarga yg kebanyakannya peguam; /female, male/ ~, nasab /ibu, bapa/; 17. row of words on a page of writing or print, baris: youll find it on the third ~ of page two, kamu akan menemuinya pd baris ketiga muka surat dua; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
line 1 | I can trace my ~ back a few hundred years, saya dapat mengesan jurai keturunan saya sehingga beratus-ratus tahun yg lalu; he comes from a long ~ of lawyers, dia datang drpd keluarga yg kebanyakannya peguam; /female, male/ ~, nasab /ibu, bapa/; 17. row of words on a page of writing or print, baris: youll find it on the third ~ of page two, kamu akan menemuinya pd baris ketiga muka surat dua; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
straggly | adj loose and untidy, tdk teratur; (of beard) berceranggah; (of hair) terjurai-jurai; (of branch, vine) tumbuh satu-satu: a ~ line of recruits, barisan rekrut yg tdk teratur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cornice | n 1. (archit) birai hias; 2. (of mountain, cliff, etc) jurai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
straw | 2. single dried stalk of wheat etc, jerami: there were a few ~s entangled in her hair, beberapa jurai jerami tersangkut pd rambutnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
line 1 | 15. row of, (persons) barisan; (things) barisan, deretan: the pupils stood in a straight ~, pelajar-pelajar itu berdiri dlm satu barisan lurus; a long ~ of coconut palms, deretan pokok kelapa yg panjang; 16. ancestry, jurai keturunan, salasilah; (rel to profession, occupation) keluarga; (rel to animal, plant) baka: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
line 1 | 15. row of, (persons) barisan; (things) barisan, deretan: the pupils stood in a straight ~, pelajar-pelajar itu berdiri dlm satu barisan lurus; a long ~ of coconut palms, deretan pokok kelapa yg panjang; 16. ancestry, jurai keturunan, salasilah; (rel to profession, occupation) keluarga; (rel to animal, plant) baka: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
semi-pendulous shape | bentuk semi-jurai | bentuk berjurai-jurai | bentuk berjurai-jurai | Pertanian |
ledge | jurai | birai | birai | Perubatan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
jurai | jurai | Kesenian | Tiada | Rambu pada tengkok. |
jurai nanas | jurai nanas | Kesenian | Tiada | Kaedah memotong kayu mengikut ira bertujuan mengukuhkan kayu. |
ravelling | jurai | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Proses agregat terpisah daripada turapan boleh lentur akibat tindakan lelasan trafik. |
tassel | jurai | Kesenian | Tiada | Hiasan atau fabrik hiasan pada pakaian, dibuat daripada seberkas benang yang sama panjang yang diikat di satu hujung dan dibiarkan tergantung. |
pot holing | jurai | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Proses agregat terpisah daripada turapan boleh lentur akibat tindakan lelasan trafik. Sinonim: revelling |
family tree method | kaedah jurai keluarga | Kimia | Tiada | Tiada |
follow-me-lads | reben jurai | Kesenian | Tiada | Reben yang menghiasi topi wanita dan ekornya dibiarkan terjurai di belakang, dipakai pada tahun 1850-an dan 1860-an di Eropah. |
semi-pendulous shape | bentuk berjurai-jurai | Landskap | Tiada | Bentuk tumbuhan yang mempunyai dahan atau ranting yang berjuntai-juntai. Contohnya, Datura candida. |
chiasma terminalization | penterminalan kiasma | Biologi | Histologi dan Sitologi | Proses pergerakan kiasma ke arah satu hujung jurai kromosom semasa proses diakinesis dan akan berterusan sehingga sebahagian besar tetrad itu bertaut hanya pada hujung kromosom. |
kemasan | kemasan | Kesenian | Tiada | 1. Proses memotong hujung bilah rotan pada anyaman.,2. Proses memotong lebihan jurai dengan gunting atau pisau pada anyaman. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sisei | benang yg berjurai-jurai pd tepi kain dll, tiras: ~ gak gawek kain baih genutieng pebak gutieng nyel tiras pd tepi kain yg digunting dgn gunting tumpul; | Melanau Mukah | |
rujai | bkn ikat benda yg terjuntai spt benang, rambut, dll, jurai; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lavong Kn | sejenis topi daripada rotan, digunakan sebagai perhiasan kepala (dihiasi dengan bulu burung) dan biasanya dipakai untuk sesuatu upacara perayaan. | Kepalanya yang ditutupi dengan lavong yang dihiasi dengan bulu merak dan enggang kelihatan berjurai-jurai dengan cantik, cukup untuk menarik perhatian para hadirin. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jurai-jurai | [ju.rai.ju.rai] | جوراي٢ |
jurai | [ju.rai] | جوراي |
terjurai-jurai | [ter.ju.rai.ju.rai] | ترجوراي - جوراي |
berjurai-jurai | [ber.ju.rai.ju.rai] | برجوراي - جوراي |
|
|