Kata |
Takrif |
Sumber |
sudut | 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudutsudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teori | (téori) 1. pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu per-kara dll: banyak ~ dikemukakan mengenai kehidupan pd masa prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~ ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya berlaku): pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya; ~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan kemungkinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis; berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap; berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori; menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi pembacaannya; penteorian proses menghasilkan sesuatu teori. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut | 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu ayat itu memang salah. | Kamus Pelajar |
jingoisme | sikap (pandangan, fahaman dsb) yg terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain: maka lahirlah ~, iaitu aliran fahaman yg boleh membawa kezaliman kpd kumpulan lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liberal | 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg menganut fahaman liberal; 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkembangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut | 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yang I | 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hunjam | ; menghunjam 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya; menghunjamkan 1. menjunamkan, menukikkan: ~ layang-layangnya menuju ke tanah; 2. menikamkan (menusukkan) lurus dr atas ke bawah, memancangkan (menancapkan) lurus ke dlm tanah dll: dihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu; ~ galah ke dasar sungai; ~ lutut nan dua Mn berlutut; terhunjam 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka; hunjaman tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~ pandangan mata yg menyala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbang | sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: keuntungan itu ~ dgn kerugian; ~ rengka bertimbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim-bangkan; 2. memberikan utk ditimbangkan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan penasihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menimbang, tukang timbang; 2. orang yg mempertimbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
estimation | n 1. opinion, pendapat, pandangan, anggapan: such policies, in my ~, will only widen the gap between the management and the union, pd pendapat saya, dasar-dasar spt itu hanya akan meluaskan jurang antara pihak pengurusan dgn kesatuan sekerja; 2. approximate calculation, anggaran: an ~ of the number of man hours it will take to complete the job, anggaran jumlah jam manusia yg akan digunakan utk menyelesaikan kerja itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
direct democracy | demokrasi langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang melibatkan penyertaan rakyat secara langsung dalam proses politik. Sistem ini wujud pada zaman negara kota Athens, Greek dahulu. Dalam sistem ini, rakyat terlibat sendiri dalam proses penggubalan undang-undang, dasar dan keputusan politik. Mereka turut hadir dalam perbincangan mengenai pentadbiran negaranya. lni bermakna, rakyat tidak mewakilkan kepada mana-mana perwakilan atau wakil rakyat untuk menyampaikan pandangan dan suara mereka. Demokrasi ini sesuai diamalkan dalam sebuah masyarakat bersaiz kecil seperti negara kota. Kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan kerana saiz negara dan masyarakat yang sangat besar dan kompleks. |
Kamus Sains.indb AM 6 abvolt (abvolt) Unit ukuran voltan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -8 volt. (KEJ) abyssal plain (dataran abisal) Bahagian lantai lautan yang sangat rata, terdiri daripada enapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1 : 1000. (BIO) acacia gum (gam akasia) Lihat arabic gum. (TEKMA) acapnia (akapnia) Kekurangan karbon dioksida dalam darah. (BIO, UBAT sebagai antigen dan merangsang penghasilan agluti- nin tertentu dalam darah. 2. Antigen atau ampaian sel yang digunakan untuk melakukan ujian peng- aglutinan. (BIO, UBAT) aggradation (agradasi) Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan long- gokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. (HID, HUT) aggregate-cement ratio (nisbah agregat simen) Nisbah berat agregat, iaitu berat pasir dan batu dibandingkan dengan berat
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Sinonim pintu jebak. pintu jebak (Ig. trap door; Br. pintu jebak; Id. pintu jebakan) Lihat pintu belakang. 4. Istilah-istilah yang ditakrifkan dalam kamus ini, sama ada yang berbentuk kata dasar, kata terbitan, kata majmuk atau frasa, semuanya dimasukkan sebagai entri tersendiri dan dimuatkan mengikut urutan huruf pertamanya: port capaian (Ig. access port; Br. port capaian; Id. port akses) saluran tereksploitasi pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau
|
|
|