Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
rendah kolesterol atau kolesterol rendah dan rendah lemak atau lemak rendah , jika kita mahu beriklan"GLICEMIC INDEX rendah " atau " rendah GLICEMIX INDEX" ? Terima Kasih. | Dalam pangkalan data kami istilah yang ada ialah rendah kolesterol dan lemak rendah. Istilah yang dibina daripada frasa lemak rendah lebih banyak dalam pangkalan data kami. Oleh itu, kami cadangkan frasa Glisemik Indeks Rendah. | Istilah | 02.07.2012 |
Yang mana lebih tepat dari segi tatabahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kurikulum Sekolah Rendah Standard. | Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermaksud kurikulum yang standard bagi sekolah rendah; manakala Kurikulum Sekolah Rendah Standard bermaksud kurikulum sekolah rendah yang standard. Kami berpandangan Kurikulum Sekolah Rendah Standard lebih tepat kerana yang diperkatakan adalah tentang kurikulum sekolah rendah. | Tatabahasa | 05.12.2016 |
Apakah perbezaan antara rendah hati dan rendah diri? Adakah sikap rendah diri nilai murni? | Mengikut buku Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, rendah hati/diri ialah sikap tidak sombong; baik hati, pemurah. Secara umumnya kedua-dua sikap ini merupakan tabiat (budi pekerti) yang baik. Namun, secara terperinci, dalam data kami ada istilah kompleks rendah diri dalam istilah psikologi yang membawa maksud keadaan fikiran yang menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri. | Istilah | 13.05.2014 |
"Healthy Low Sugar" - sepatut menterjemah ke 1. Rendah Gula Sihat 2. Gula Rendah Sihat 3. Sihat Gula Rendah 4. Sihat Rendah Gula | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk healthy low sugar ialah "kandungan gula rendah yang sihat" bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau aras bahasa.
| Makna | 25.02.2022 |
Ayat mana yang betul?Kata Penguat dengan Kata Ganda diguna bersama. 1) riuh-rendah 2) sangat riuh-rendah 3) sangat riuh-rendah sekali TQ | Ketiga-tiga ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah perbezaan simpulan bahasa yang biasa ditulis di dalam surat permohonan/jemputan ini: 1. Rendah hati 2. Rendah diri Yang mana satukah lebih sesuai digunakan di dalam surat permohonan/jemputan? Maksud di dalam carian google tidak konsisten. Tetapi berkisar kepada rasa rendah. Secara umum, samada merendahkan kemampuan diri atau tidak sombong. Kedua-dua definisi ini digunapakai secara silih berganti. "Permohonan" dan "Jemputan" juga adalah dua situasi yang berbeza yang mungkin memberi implikasi kepada penggunaan dua simpulan bahasa yang tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. Arnida | Wassalam, Mengikut Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, kedua-dua simpulan tersebut terakam dan membawa maksud yang tidak jauh berbeza. 1. Rendah diri = perasaan hina: "Orang yang hendak maju hendaklah hilangkan perasaan rendah diri". 2. Rendah hati = tidak sombong: "Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang rendah diri". Merujuk kedua-dua kamus ini, simpulan bahasa yang sesuai untuk permohonan dan jemputan ialah "Rendah Diri". | Lain-lain | 29.01.2019 |
Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah. | Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah". | Tatabahasa | 09.12.2014 |
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan dengan pelaksanaan 'low carbon society' di universiti saya. Soalan saya adalah, apakah terjemahan yang sebetulnya bagi frasa 'Low Carbon Society'? adakah ianya: 'Masyarakat Rendah Karbon'; 'Masyarakat Karbon Rendah' atau 'Masyarakat Berkarbon rendah'? | Dalam data kami, belum terdapat padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan Low Carbon Society. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan Persekitaran Berkarbon Rendah bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.01.2017 |
Salam. Apakah perbezaan antara pendek dan rendah? Yang manakah sesuai digunakan untuk manusia? Lekaki itu pendek. Atau Lekaki itu rendah. | Perkataan pendek dan rendah membawa maksud yang hampir sama bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya: Lelaki itu pendek / Lelaki itu rendah dan Lagu yang dinyanyikan olehnya bernada rendah (bernada pendek - salah). | Tatabahasa | 07.07.2022 |
riuh-rendah, sudah bawa maksud sangat. so, adakah frasa sangat riuh-rendah betul? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1887, perkataan “riuh-rendah” bermaksud terlalu bising dengan suara atau bunyi yang kuat dan tidak tentu butirnya. Oleh yang demikian, kata penguat “sangat” tidak sesuai dimasukkan sebelum perkataan “riuh-rendah” kerana berunsur lewah. | Tatabahasa | 23.09.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| rendah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks suara bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring, Berantonim dengan tinggi
3. Dalam konteks harga bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam, Berantonim dengan tinggi
4. Dalam konteks pendapatan bersinonim dengan kecil, sedikit, Berantonim dengan tinggi
| Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 8 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|