Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud rencana? ciri-ciri rencana, bentuk rencana, jenis rencana dan cara penyediaan rencana | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud rencana ialah cerita, karangan, kisah (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit. Untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut mengenai rencana, sila rujuk buku yang berkaitan. Soalan melangkaui KNB. | Makna | 26.08.2008 |
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Makna | 01.04.2008 |
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran? | Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk rencana-rencana tentang kejiranan. | Lain-lain | 10.06.2008 |
i dan kan bagaimana digunakan dan bila sesuail untuk digunakan | Akhiran -kan digunakan wujud atau digunakan dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua (Rencana-rencana itu saya bukukan), dan 2. dalam ayat suruhan (Belikan saya sepasang kasut). Seperti akhiran -kan akhiran -i juga wujud atau digunakan dalam dua bentuk ayat, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (Perangainya yang baik itu akan kami contohi), dan 2. dalam ayat suruhan (Contohilah teladan yang baik itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 hingga 190. | Tatabahasa | 21.02.2009 |
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Lain-lain | 20.08.2009 |
ASKUM.......SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG ISTILAH MODL INSAN | Modal insan ialah tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak. Modal insan merupakan faktor penting dalam pembangunan negara. Pembinaan modal insan bermula daripada aspek pendidikan, kemahiran dan agama serta akhlak yang baik. Sila rujuk rencana-rencana yang berkaitan perkara ini dalam akhbar perdana. | Makna | 07.04.2007 |
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana? | Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan. | Makna | 25.02.2007 |
rencana tentang alam sekitar tahun 2008 | Sila rujuk bahan ini : 1. 2. Masalah alam sekitar dan kesihatan | | Persatuan Pengguna Pulau Pinang | 1978 | 3 4. Etika alam sekitar daripada perspektif islam, timur dan barat | Mohd Zuhdi Marsuki | PTS Publications & Distributors Sdn Bhd | 2002 | 5. Permasalahan alam sekitar | Fadil Hj. Othman | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1996 | 6. | Lain-lain | 08.06.2008 |
salam sejahtera sy ingin bertanya,bagaimana ingin mendapatkan rencana atau membaca rencana tentang isu semasa dari laman web dbp.terima kasih. | Sila hubungi Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka atau layari Pustaka Digital dalam Laman Web DBP. | Lain-lain | 29.10.2008 |
saya perlukan rencana mengenai bangunan bersejarah sultan abdul samad daripada majalah | Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. | Lain-lain | 07.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| rencana (kata nama) | 1. Bersinonim dengan karangan: makalah, artikel, esei, cerita, kisah,
2. Bersinonim dengan catatan: laporan, minit,
3. Bersinonim dengan rancangan: pelan, buram, rang, draf,
4. Bersinonim dengan acara: agenda, jadual, program,
| Kata Terbitan : merencanakan, terencana, perencanaan, perencana, |
|
|