Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
(1) Rasional berhubung penggunaan "peroleh" tanpa "i" manakala "didapati" boleh menggunakan "i". (2) Perbezaan antara "skop" dan "spesifikasi". adakah perbezaan antara keduanya. (3) Istilah "berkuat kuasa"..kenapa perlu dua perkataan. adakah perkataan "berkuat" itu boleh tersendiri.. Segala perhatian amat dihargai. TK | 1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) 2. Perkataan skop dan spesifikasi ialah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Skop bererti bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup. Spesifikasi bererti butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian (tentang sesuatu). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.3. Kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Ada beberapa kata majmuk yang telah mantap dieja bercantum. Contohnya:tandatangan, tanggungjawab. Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercantum. Contohnya: Kuat kuasa, berkuat kuasa, dikuatkuasakan. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Apakah rasional imbuhan perubahan ejaan jawapan kepada kata dasar jawab apabila diimbuhkan dengan imbuhan 'an'? Sepatutnya ejaannya ialah jawaban. Terima kasih. | Kata terbitan jawab + imbuhan an menjadi jawaban atau jawapan. Jawaban mengikut proses yang biasa (jawab + imbuhan an), sedangkan apabila menyebut huruf b tidak dibunyikan sebaliknya huruf p lebih jelas dibunyikan, jawapan. | Tatabahasa | 28.05.2009 |
Salam, apakah rasional yang tidak boleh menggunakan perkataan berimbuhan "diperolehi" yang sepatutnya "diperoleh"? | Awalan diper- bergabung dengan kata akar oleh menerbitkan perkataan diperoleh. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
apakah maksud geliung ? dan maksud rasional ? | 1. Geliung bermaksud sejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18 2. Rasional bermaksud i. alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan ii. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras | Makna | 11.11.2011 |
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK | 1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat. 2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama). 3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca. | Tatabahasa | 07.07.2009 |
rasionalize, rationalise | merasionalkan - (memberi rasional) | Lain-lain | 11.02.2009 |
Saya ingin memohon Lesen Tadika. Pihak berkenaan hendaklah saya memberikan rasional pilihan nama " Tadika Cendana Jaya", dan hendaklah berkenaan dengan perkembangan murid murid di tadika saya. | Cendana ialah nama sejenis tumbuhan atau pokok dan nama ini tidak pernah dikaitkan dengan ilmu atau pendidikan. Kami cadangkan puan menggunakan nama lain yang sinonim atau sering dikaitkan dengan ilmu dan kanak-kanak seperti Bestari, Berjaya, Cerdik, Ceria, Cemerlang, Tunas Bestari dan sebagainya. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
Saudara yang dihormati, Dalam ayat yang berikut: "Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini", adakah penggunaan "ingin anda" betul atau "anda ingin" sepatutnya digunakan. Apakah rasional untuk penggunaan kata-kata di atas? Jika penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin" di atas ada bezanya, bolehkah saudara berikan contoh-contoh penggunaannya dalam situasi yang berlainan? Terima kasih kerana menjelaskan masalah di atas. Yang benar, Chet | Ayat yang betul ialah : Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini. Mengikut hukum Aneksi Persona bagi kata ganti kedua dalam tatabahasa bahasa Melayu frasa yang betul ialah ingin anda. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
instruksional | Tidak ada perkataan instruksional dalam sumber rujukan kami. Yang ada perkataan ialah instruksi iaitu perkataan Indonesia yang bermaksud perintah atau arahan dan berkemungkinan instruksional ialah akronim kata instruksi dengan perkataan lain seperti rasional kerana Indonesia gemar menggunakan perkataan akronim. | Makna | 05.01.2012 |
Tuan, Apa terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut: 1. Social Exchange Theory; 2. Rational Action Theory ; 3. Knowledge-Based Theory of the Firm; 4. Social Cognitive Theory; 5. Social Capital Theory; dan 6. Resource Based View of the Firm Terima kaih. | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Social Exchange Theory - Teori Pertukaran Sosial 2. Rational Action Theory - Teori Tindakan Rasional 3. Knowledge-Based Theory of the Firm - Teori Berasaskan Pengetahuan Firma tersebut 4. Social Cognitive Theory - Teori Kognitif Sosial 5. Social Capital Theory - Teori Modal Sosial 6. Resource Based View of the Firm - Pandangan Berasaskan Sumber Firma tersebut | Istilah | 30.09.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| rasional | 1. Bersinonim dengan wajar ( logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah, masuk akal, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan alasan ( kewajaran, hujah, asas, bukti, dalil, pandangan, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : merasionalkan, kerasionalan, |
|
|