Kata |
Takrif |
Sumber |
get TAK ATAU(NOR gate) | Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK ATAU. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika kesemua input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan menjadi logik 0 jika mana-mana inputnya mempunyai nilai aras logik 1. | Kamus Komputer |
get TAK DAN(NAND gate) | Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK DAN. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika mana-mana input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan mempunyai aras logik 0 jika kesemua input beraras logik 1. | Kamus Komputer |
sifar(zero) | 1. Kosong. 2. Angka kosong, 0. 3. Salah satu keadaan logik dalam logik perduaan. | Kamus Komputer |
gambar rajah logik(logic diagram) | 1. Gambar rajah yang memaparkan reka bentuk logik sistem. 2. Gambar rajah yang memaparkan tatasambung litar unsur litar logik. 3. Gambar rajah yang memaparkan rupa bentuk gelombang logik litar. | Kamus Komputer |
tambah logik(logical add) | Tindakan menambah pada dua nombor perduaan mengikut peraturan aljabar Boolean. Dalam penambahan ini, hasil menjadi logik 1 jika salah satu atau kedua-dua nombor bernilai logik 1, dan hasil menjadi logik 0 jika kedua-dua nombor adalah 0. | Kamus Komputer |
get ATAU(OR gate) | Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik ATAU berangkum. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika mana-mana input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 1. | Kamus Komputer |
logik litar(circuit logic) | 1. Penyambungan logik sesuatu litar. 2. Keadaan logik sesuatu litar. | Kamus Komputer |
unsur logik majmuk(compound logic element) | Unsur logik rumit yang dibentuk daripada gabungan unsur logik mudah seperti DAN, ATAU, dan TAK. | Kamus Komputer |
logik Boolean(Boolean logic) | Pengiraan atau pengendalian berdasarkan logik yang hanya mempunyai dua keadaan logik, iaitu sama ada `benar` atau `palsu`. Sistem ini diasaskan oleh ahli matematik Inggeris George Boole (1815 - 1864). | Kamus Komputer |
get TAK(NOT gate) | Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
illogical | adj tdk /logik, munasabah, masuk akal, (dapat) diterima akal/; (of feeling) tanpa sebab: his arguments are quite ~, hujah-hujahnya tdk begitu munasabah; an ~ conclusion, kesimpulan yg tdk munasabah; he is a most ~ fellow, ideanya tdk masuk akal langsung; he felt an ~ resentment towards his assistant, tanpa sebab dia benci akan pembantunya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
illogicality, illogicalness | n tdk /logik, munasabah, masuk akal, (dapat) diterima akal/, ketidaklogikan, ketidakmunasabahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
antithesis | n 1. direct opposite, sst yg /bertentangan, berlawanan/: rhyme is sometimes taken as the ~ of reason, puisi kadangkala dianggap sbg sst yg bertentangan dgn logik; 2. contrast, bertentangan; 3.x (rhet) antitesis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
invalidation | n 1. quality of having no legal force, ketaksahan: the ~ of the marriage, ketaksahan perkahwinan tersebut; 2. tdk /logik(nya), munasabah(nya), masuk akal/: the ~ of some of his arguments, tdk logiknya sesetengah hujah pendebat itu; 3. state of being an invalid, hilang upaya: ~ pension, pencen utk orang yg hilang upaya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inexorable | adj (fml) 1. that cannot be prevented from continuing, tdk dapat disekat: he proceeded with ~ logic to demolish her argument, dia terus dgn pengupasan logik yg tdk dapat disekat utk mematahkan hujah wanita itu; the ~ rise in the price of building materials, kenaikan harga bahan bangunan yg tdk dapat disekat; 2. (of person) relentless, berkeras: she pleaded with him but he was ~, dia merayu kpd lelaki itu tetapi dia berkeras; an ~ opponent, pihak lawan yg berkeras. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
invalid 1 | adj 1. having no legal force, tak sah: the will was declared ~, wasiat itu diisytiharkan tak sah; an ~ document, dokumen yg tak sah; the marriage was found to be ~, perkahwinan itu didapati tak sah; 2. (of argument, result, etc) not logically consistent or acceptable, tdk /logik, munasabah, masuk akal/: an ~ argument, hujah yg tdk logik; ~ excuses, dalih yg tdk munasabah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
logic gate | get logik | Fizik | Nanoteknologi | Peranti elektronik yang melaksanakan operasi logik pada isyarat input dan menghasilkan output logik tertentu. Dalam nanoteknologi, peranti ini terdiri daripada susunan molekul yang dapat bersifat sebagai suis. Contohnya, molekul rotaksana. |
rationalization | rasionalisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa minda dalam seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan minda dalam itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |
closed security environment | persekitaran keselamatan tertutup | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Persekitaran yang memenuhi keadaan yang berikut: 1. Pembangun aplikasi yang mempunyai autoriti atau disahkan bahawa mereka tidak pernah membina atau terlibat dengan logik hasad. 2. Kawalan konfigurasi yang menyediakan jaminan yang cukup bahawa suatu peralatan dan aplikasi dilindungi daripada logik hasad sebelum dan semasa operasi aplikasi sistem. |
access port | port capaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengenal logik atau fizikal yang digunakan oleh komputer untuk mengalamatkan terminal input/output (I/O) bagi aliran data. |
Logical Observation Identifiers Names and Codes (LOINC) | Kod dan Nama Pengecam Pemerhatian Logik (LOINC) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Standard bagi pengenalan maklumat klinikal dalam laporan elektronik. Pangkalan data LOINC menyediakan set nama yang universal dan kod pengenalan bagi mengenal pasti keputusan ujian makmal dan klinikal dalam konteks mesej laporan pemerhatian kesihatan aras 7 (HL7), ASTM E1238 dan TC251. Salah satu tujuan LOINC adalah untuk memudahkan pertukaran dan pengumpulan keputusan penjagaan klinikal, hasil pengurusan dan penyelidikan. |
computing entailment | pengkomputeran kesimpulan | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik menguji hubungan logik usulan antara dua penyataan atau lebih. |
trigger condition or date | syarat atau tarikh cetus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Syarat logik pada sistem komputer, seperti jujukan input dari papan kekunci, kombinasi arahan, atau masa pada jam sistem, yang perlu dicapai sebelum suatu kod hasad dicetus dan melancarkan serangan ke atas sistem komputer. |
rationalism | rasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang bersandarkan alasan yang diterima akal, logik dan berasas. Lihat juga rasionalisasi. |
dadaism | dadaisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan medenisme yang bermula di Zurich dan menjadi popular di New York pada tahun 1916 1922. Gerakan dadaisme bertujuan untuk memprotes atau memberontak penerimaan idea kelas menengah mengenai logik, makna, bentuk dan peraturan. Istilah dadaisme melambangkan kebebasan tanpa batasan, bersifat antiperaturan dan antibudaya dan dimanifestasikan dalam sastera melalui collage, iaitu susunan objek dan perkataan secara rawak supaya tercipta satu pola yang tidak logik atau tidak bermakna. Dadaisme digantikan dengan surealisme selepas tahun 1921 apabila diserapkan dalam gerakan baharu ini. Lihat juga surealisme. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sabit I | munasabah, tidak mustahil, logik: biyer ~ jegem akel biar munasabah dgn akal; nda ~ jegem akel tidak munasabah dgn akal, tidak logik; | Melanau Mukah | |
terimak utek | logik | TETAW | |
ipin II, mengipin | 1 tidak logik; 2 tidak berminat; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb Bahagian hujung bak buluh pada sesungut serangga Diptera maju. (BIO) arithmetic (aritmetik) Ilmu tentang nombor yang melibatkan proses penambahan, penolakan, penda- raban dan pembahagian. (MAT) arithmetic logic unit (unit aritmetik logik) Komponen asas dalam unit pemprosesan pusat yang berfungsi mengerjakan pengendalian aritmetik dan logik. Singkatan ALU. (KOM) arithmomania (aritmomania) Keadaan apabila seseorang mengalami desakan diri untuk selalu mengira dan kerisauan mengenai nombor. (UBAT) armature (armatur) 1. Bahagian gegelung dalam motor elektrik atau penjana yang
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug. bom logik (Ig. logic bomb; Br. bom logik; Id. bom logika) Kod hasad yang tercetus apabila berlaku keadaan tertentu. Bom logik akan menyalin suatu proses berkali-kali dengan menggunakan arahan seperti fork dalam UNIX sehingga pemproses terbeban dengan
|
Kamus Thai 2.indb hebat. ตรงกันข ้ าม [-kanka:m] ว bertenta ngan: เขามีความคิดเห็นที่ ตรงกันข ้ ามกับฝ่าย รัฐบาล Dia mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pihak kera jaan. ตรม [trom] ดู ตรอมใจ ตรรกะ [takka] น logik ตรวจ [truat] ก memeriksa: คุณหมอตรวจ ร ่ างกายของคนไข ้ Doktor memeriksa ba dan pesakit itu. ตรวจการณ ์ [-ka:n] ก meronda: ตำรวจน้ำ ตรวจการณ ์ ในแม ่ น้ำตากใบตลอดสาย Polis marin meronda
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
logik | [lo.gik] | لوݢيک |
lojik (logik) | [lo.jik] | لوجيک (لوݢيک ) |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
get logik | logic gate | Litar yang melakukan operasi logik. Litar logik mempunyai satu atau lebih input dan satu output. Get-get asas ialah get ATAU, get DAN, get TAK, serta gabungan get-get asas seperti get TAK ATAU dan get TAK DAN. | Menengah Atas |
kesimpulan | conclusion | Pernyataan yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu. | Menengah Atas |
kesimpulan | conclusion | Satu pernyataan fikiran yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
hujah | argument | Satu set pernyataan logik untuk membuat kesimpulan. Satu hujah terdiri daripada dua atau lebih premis dan satu kesimpulan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
nilai kebenaran | truth value | Nilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu. | Menengah Atas |
|
|