Kata |
Takrif |
Sumber |
lama I | 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beralasan | mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalih | alasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat, ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalih | alasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja. | Kamus Pelajar |
justifikasi | sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alasan | sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alasan | 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alasan | sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar |
dolak | ; dolak-dalik pendirian, alasan atau percakapan yg tidak tetap (selalu bertukar-tukar). berdolak-dalik memberikan alasan yg berbeza-beza mengenai perkara yg sama: Dia lurus dan tidak pandai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dolak | dolak-dalik pendirian, alasan atau percakapan yg tidak tetap (selalu bertukar-tukar). berdolak-dalik memberikan alasan yg berbeza-beza mengenai perkara yg sama: Dia lurus dan tidak pandai ~. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
but | n tapi-tapi: do as I tell you, no ~s about it, lakukan saja spt yg saya suruh, tdk ada tapi-tapi lagi; ifs and ~s, alasan-alasan: Im sick and tired of your ifs and ~s, saya betul-betul bosan dgn alasan-alasan kamu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cogent | adj meyakinkan: the clearest and most ~ reasons, alasan-alasan yg paling jelas dan paling meyakinkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deadpan | adv dgn muka /selamba, bersahaja/: he listened ~ to their excuses, dia mendengar alasan-alasan mereka dgn muka selamba; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heartily | adv 1. unrestrainedly, dgn kuat: he laughed ~, dia ketawa dgn kuat; 2. sincerely, dgn ikhlas; 3. exceedingly, benar-benar: I am ~ sick of your excuses, saya benar-benar bosan dgn alasan-alasan kamu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
excuse | /by way of, in /~, sbg alasan: in ~ I can only say that we did not have any previous experience, sbg alasan saya hanya dapat mengatakan bahawa kami tdk mempunyai pengalaman sebelum itu; make os ~s, meminta maaf; (on behalf of so.) meminta maaf bagi pihak sso dan memberikan alasan: he made his ~s and left the room, dia meminta maaf lalu keluar dr bilik itu; Im too tired to attend the dinner can you make my ~s, please?, saya terlalu letih utk menghadiri majlis makan malam itu bolehkah kamu meminta maaf dan memberikan alasan bagi pihak saya?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
argument | 3. reasons presented (for or against) alasan: he patiently listened to all the ~s before deciding, dia dgn sabar mendengar kesemua alasan itu sebelum membuat keputusan; 4. process of reasoning, cara memberikan alasan; /line, thread/ of ~, aliran hujah; 5. summary (of subject matter etc) inti bicara; 6. (math) hujah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deceive | vt mislead, a. (by so.) menipu, memperdaya(kan): to ~ a friend into buying imitation jewellery, menipu rakan supaya membeli barang-barang kemas tiruan; b. (by st) terpedaya: his friendly manner did not ~ me, saya tdk terpedaya oleh sikapnya yg peramah; he was not ~d by her excuses, dia tdk terpedaya dgn alasan-alasan gadis itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
case 1 | 4. circumstance, kes, hal: to make an exception in his ~, membuat pengecualian dlm kesnya; 5. (med) kes: the worst ~s were sent to the hospital, kes-kes yg teruk dihantar ke hospital; 6. (leg.) kes: the facts of the ~, fakta-fakta ttg kes tersebut; 7. set of reasons, sebab-sebab, alasan-alasan: there is a ~ for calling in an expert, ada sebab-sebabnya utk mendapat khidmat pakar; 8. (gram.) kasus: nominative ~, kasus nominatif; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
argue | vt 1. maintain, contend, mengemukakan alasan: he ~d that the risk involved was too great, dia mengemukakan alasan bahawa risikonya terlalu besar; 2. debate, discuss, memperdebatkan, mendebatkan: they ~d the point for hours, mereka memperdebatkan pokok persoalan itu berjam-jam; 3. indicate, menunjukkan: their way of life ~s a certain degree of wealth, cara hidup mereka menunjukkan bahawa mereka agak mewah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
argumentation | n 1. methodical reasoning, cara mengemukakan alasan: the evidence was obscured by inaccurate ~, bukti itu terselindung krn cara mengemukakan alasan tdk tepat; 2. see ARGUMENT (sense 2.); 3. seeARGUMENT (sense 4.). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
grounds of objection | alasan bantahan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
motive | motif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik. |
rationalism | rasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang bersandarkan alasan yang diterima akal, logik dan berasas. Lihat juga rasionalisasi. |
justifiable homicide | pembunuhan berkewajaran | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan membunuh yang mempunyai alasan yang dibenarkan sama ada oleh undang-undang atau moral. Contohnya, dari sudut undang-undang jenayah, seseorang yang dituduh membunuh boleh membela diri dengan membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian. |
female genitalia mutilaton | mutilasi genitalia perempuan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan membuang atau memotong sebahagian atau kesemua genitalia kanak-kanak perempuan dengan alasan adat resam. |
?usn al-tal?l | ?usn al-tal?l | Kesusasteraan | Tiada | Penafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-tal?l bernaksud alasan yang elok atau baik. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Maarri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad? |
inherintace tax | cukai warisan | Ekonomi | Tiada | Cukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar. |
cancellation of authorisation | pembatalan kebenaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
cancellation of registration | pembatalan pendaftaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan pendaftaran produk yang telah diberikan kepada syarikat sekiranya didapati terdapat kecacatan pada kualiti, keselamatan, keberkesanan atau kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran. Produk yang dibatalkan pendaftarannya tidak boleh diimport, dikilang, dijual, dibekal, diguna atau dimiliki. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
bukuh | tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu dll). Sendi (jari, tangan, kaki dll) | bibukuh | berbuku , mempunyai buku. | bibukuh | Membuat sesuatu alasan membabitkan orang atau benda | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
alas | alasan alasan. | kedayan | |
alasan | alasan | TETAW | |
ukan | alasan | TETAW | |
dalil | bukti, alasan. | kedayan | |
dalih | dalih, alasan. | kedayan | |
lik II | alasan; | Melanau Mukah | |
chakap II | fikiran; pandangan; alasan. | Iban | |
sulek I | helah; 1 akal, muslihat, tipu daya: tipu ~ tipu helah; 2 alasan yg dibuat-buat, dalih: idak ~ banyak helah, banyak dalih; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
laban Ib | lawan. | Kalau begitu reaksinya terhadapku, parai ia laban aku, dan kalau aku bertindak begitu, semua orang akan mengatakan aku yang bersalah walau apa alasan yang kuberikan sebagai sebab tindakanku itu begitu. Kalau laki membelasah bini, mustahil atau kalau ada pun jarang-jarang orang akan menyalahkan bini. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
parai Ib | mati (bahasa kasar). | Kalau begitu reaksinya terhadapku, parai ia laban aku, dan kalau aku bertindak begitu, semua orang akan mengatakan aku yang bersalah walau apa alasan yang kuberikan sebagai sebab tindakanku itu begitu. Kalau laki membelasah bini, mustahil atau kalau ada pun jarang-jarang orang akan menyalahkan bini. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd indd 18 6/6/11 4:01:31 PM 19 bukti konsep Buku Kuning Buku Merah Buku Putih persekitaran khusus daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Buku panduan ini juga memberi alasan teknikal tentang kepentingan keperluan kriteria tersebut dan perlu diikuti pemohon yang ingin memperoleh status TCSEC. Buku Kuning dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony serta diterima pakai oleh ISO
|
Kamus Thai 2.indb ดู ขมา ขอต ั ว [-tu:a] ก meminta diri, memo- hon diri: เขาขอต ั วกล ั บโดยอ ้ างว ่ าปวดห ั ว Dia meminta diri untuk pulang atas alasan sakit kepala. ขอทาน [-ta:n] น 1 pengemis, pe minta sedekah ก 2 mengemis, meminta sedekah ขอโทษ [-to:t] ก meminta maaf = ขออภ ั ย ขอยืม [-y:m] ก meminjam Projek ini mempu- nyai beberapa keburukan. ข ้ อหา [-ha:] น tuduhan ข ้ อห ้ าม [-ha:m] น larangan ข ้ ออ ้ าง [-a:] น 1 alasan: เขายกข ้ ออ ้ าง ต ่ าง ๆ นานาว ่ าทำไมเขามาสาย Dia mem- berikan berbagai-bagai alasan me ngapa dia sampai lambat. 2 dalih ดู ข ้ อแก ้
|
Kamus Thai 2.indb 13 AM ห 399 เหงือก 2 [ak] น (ปลา) insang เห็ด [het] น cendawan เหตุ [he:t] ดู สาเหตุ เหตุการณ ์ [-ka:n] น kejadian, peris- tiwa เหตุผล [-pon] น alasan เหน็บ [nep] ก menyelitkan: ผู ้ ชายคนนั้ น เหน็บกริชไว ้ ที่ เอว Lelaki itu menyelitkan keris di pinggangnya. เหน็บชา [-ca:] น kebas-kebas เหน็บแนม [-nε:m] ก menyindir: พรรค ฝ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
alasan | [a.la.san] | السن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
inferens | inference | Kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan gambar, bukti, sebab atau alasan yang tertentu. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penaakulan | reasoning | Proses membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berasaskan sebab-sebab atau alasan yang ada. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alasan |
|
|