Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
salam . apa beza menghamparkan dan membentangkan. saya rujuk kamus makna sama . apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut Pak Hamid _________ permaidani yang baru dibelinya dari Iran. A membentangkan B menghamparkan C memasang. | Merujuk Kamus Dewan membentangkan sama makna dengan menghamparkan, iaitu membuka sesuatu daripada gulungan atau lipatan luas-luas. Oleh itu perkataan membentangkan (A) dan Menghamparkan (B) boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?) | 1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
menyebar luas atau menyebarluaskan ? | Jawapan yang betul ialah menyebarluaskan. | Ejaan | 30.03.2010 |
jauh pandangan, luas pengetahuan | pengetahuan | Tatabahasa | 12.03.2008 |
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | Lain-lain | 03.03.2011 |
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai. | Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama". | Tatabahasa | 21.04.2011 |
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TK | Ungkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
boleh guna " seluas dengan stadium" ataupun "sama luas dengan stadium" atau " seluas stadium"? mana betul? | Yang betul ialah seluas stadium atau sama luas dengan stadium. | Tatabahasa | 21.09.2009 |
sy nk tya soaln nie... apakah mksud ''ruang lingkup yang luas''???? | Ruang lingkup merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud liputan atau litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb). Jadi mengikut konteks ayat yang dikemukakan 'ruang lingkup yang luas bermaksud litupan atau liputan sesuatu bidang atau pengetahuan yang luas. | Makna | 25.07.2012 |