Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam majlis tertentu, ada banyak ketua jabatan dan ketua unit hadir. Jadi, adakah kita menyebut ' ketua-ketua jabatan dan unit' ATAU ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit'? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ketua-ketua jabatan dan unit. | Lain-lain | 21.04.2010 |
Untuk 'Ketua-ketua Negara ASEAN', adakah 'k' perlu huruf besar untuk 'ketua-ketua'. terima kasih | ketua-ketua negara ASEAN. k huruf kecil. | Ejaan | 22.09.2011 |
Ketua-ketua Menteri betul atau Ketua-Ketua Menteri ? benarkah oleh sebab tidak boleh diletakkan di tengah2 ayat? apa beza oleh sebab dengan kata hubung kerana ? | 1. Ketua-Ketua Menteri 2. boleh digunakan oleh sebab. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |
Yang manakah yang betul ejaan bagi rangkai kata yang berikut: 1. 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah' 2. 'sepertimana' atau 'seperti mana' 3. 'Ketua-Ketua Menteri' atau 'Ketua-ketua Menteri' | 1. sejauh manakah 2. seperti mana 3. Ketua-ketua Menteri | Tatabahasa | 10.07.2013 |
minta penjelasan tentang masalah-masalah berikut: Contoh: 1. kenapa di akhir ayat di dalam surat rasmi tidak boleh menggunakan perkataan 'di atas' contoh: "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas" 2. "Mesyuarat pada 23 Julai 2012 telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan atau Ketua-ketua Jabatan?" Kedua-dua 'K' huruf besar atau cuma permulaan huruf sahaja? mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | 1. Perkataan di atas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2. Ejaan Ketua-ketua Jabatan betul kerana kata ganda dikira sebagai satu perkataan, hanya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Encik, Antara dua ayat berikut yang manakah betul? 1. Ketua-ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? 2. Ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? * Persoalannya, perlukan perkataan 'ketua' digandakan padahal 'bersidang' sudah membawa maksud jamak? Terima kasih! | Kedua-duanya betul. Namun yang lebih tepat dan tidak lewah ialah 'Ketua negara ASEAN...'. Pandangan kami adalah sama dengan pandangan saudara kerana 'bersidang' 'negara ASEAN' sudah menggambarkan ramai. | Tatabahasa | 04.10.2008 |
Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |
Ketua Panitia atau Ketua Panatia | Ejaan yang betul ialah Ketua Panitia. | Ejaan | 07.05.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| ketua (kata nama) | Bersinonim dengan pengetua, pemimpin, khalifah, pengarah, penghulu, pemandu, tekong, kapten,
batin, undang, penggawa, mandur, penyelia, pengurus, gabenor, lurah, nakhoda, juragan,
jurumudi, panglima, hulubalang, majikan;, | | Kata Terbitan : berketuakan, mengetuai, |
|
|