Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |
Boleh tunjukkan format terkini surat kiriman rasmi? | Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan. | Lain-lain | 24.02.2008 |
sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dan bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dewan bahasa dan pustaka membuat beberapa ketetapan linguistik tentang arah perkembangan bahasa melayu. apakah usaha-usaha dan kegiatan bahasa yang dapat dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka ke arah memantapkan perkembangan bahasa melayu? | Bersama-sama ini dilampirkan bahan rujukan tentang DBP yang dipetik daripada Katalog Awam dalam Talian Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jikalau sdr ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam atau membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka | Syed Nasir Ismail | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dalam perkembangan Bahasa Melayu di Sabah | Zaini Oje dan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka: ka-arah mengembangkan bahasa Melayusa-chara lebeh progresif Citra Dewan Bahasa dan Pustaka | Abdul Rahman Yaakub | DBP 2003 | Lain-lain | 24.03.2008 |
saya ingin tahu makna perjatan isbat | Setakat ini, makna perjatan tidak terakam di dalam mana-mana kamus, walau bagaimana pun isbat bermaksud ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu). | Makna | 02.03.2007 |
Apakah judul yang seharusnya digunakan dalam semua urusan di sekolah sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Situasi semasa kelihatan agak bercelaru dan mengelirukan apabila tiada ketetapan yang diperoleh. Terima kasih atas penjelasan yang diberi. | Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan. | Lain-lain | 26.02.2009 |
apakah maksud nilai dan ketentuan | Nilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll) dan ketentuan bermaksud sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan/ keputusan yg muktamad/ketetapan | Makna | 11.10.2007 |
Salam sejahtera. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kebanyakan orang mempunyai iman mereka sendiri. 2. Kita harus mempunyai iman. Terima kasih. | Iman dalam konteks umum bermaksud ketetapan hati dan dalam konteks khusus (istilah agama) iman ialah keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan. Ayat contoh yang saudara berikan tidak gramatis. Contoh penggunaan iman, walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun imannya tidak bergoncang dan Orang-orang yang beriman akan selamat di dunia dan di akhirat. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "suatu" dan satu. contoh Satu perintah Mahkamah atau Suatu perintah mahkamah... | Lazimnya satu digunakan untuk objek yang sudah pasti atau bilangan seperti satu ketetapan telah dibuat ..., manakala sesuatu merujuk yang tidak pasti seperti pada suatu hari .... | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Mohon pihak DBP memutuskan tentang penggunaan kata ganti nama "ia" secepat mungkin. Banyak pihak sedang "berkelahi" tentang kata ini. Ketepikan soal politik, perasaan "lebih pandai daripada yang lain" dan sebagainya. Buatlah suatu ketetapan dan minta semua orang (yang menyokong atau tidak menyokong) menghormati keputusan itu. Barulah Bahasa kita dipandang mulia dan dihormati orang. | Apakah isu yang dikaitkan dengan kata "ia", adakah isu kata ganti diri atau isu penggunaan "ia" kepada bukan manusia. Dalam hal ini buku Tatabahasa Dewan telah menjelaskan pada halaman 104, kata ganti nama diri orang ketiga termasuklah ia, dia, beliau mereka dan nya. Dari aspek makna, Kamus Dewan menakrifkan "ia" sebagai kata ganti nama diri orang ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. | Tatabahasa | 13.07.2012 |
Tuan/Puan, Tidak lama dulu saya ada melihat panduan menulis surat rasmi di website DBP. Sekarang saya tidak dapat mencari m/s itu. Harap dapat bantuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih Muthu 05 Jan, 2010 | Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan. | Lain-lain | 05.01.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| tetap | 1. Bersinonim dengan kekal ( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, ) (adjektif:) Berantonim dengan sementara
2. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, ) (kata tugas:) Berantonim dengan terhenti-henti
3. Bersinonim dengan pasti ( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan, |
|
|