Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kementerian Pertahanan akan membeli beberapa buah pesawat tempur untuk memperkukuh sistem (ketahanan,pertahanan) udara. munsyi, saya kekeliruan mengapa jawaban yang diberikan ialah pertahanan? apakah jawaban yang sebanarnya, TQ | Sistem pertahanan negara betul kerana pertahanan bermaksud hal mempertahankan atau menjaga keselamatan, sedangkan ketahanan bermaksud keadaan tahan atau kuat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan bezakan maksud kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Salam, saya ingin mengetahui adakah istilah daya tahan boleh digunakan dalam penyelidikan ilmiah sebagai terjemahan kepada perkataan (resilience). Apakah beza atau persamaan antara daya tahan dan resilien? Semoga dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience. | Istilah | 27.05.2013 |
Saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang psikologi di USM. Minta pengesahan sama ada penggunaan istilah RESILIENSI AKADEMIK boleh digunakan untuk menggambarkan DAYA TAHAN pelajar dalam bidang akademik walaupun dalam keadaan yang tertekan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience. | Istilah | 28.10.2013 |
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan. | Istilah | 06.09.2011 |
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih | (i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara. | Makna | 13.12.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| tahan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,
2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,
3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,
| Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan, |
|
|