Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. . | Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan". | Tatabahasa | 27.04.2013 |
Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda. | Puan Junita, Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih | Ejaan | 06.10.2010 |
1. kerja-kerja membaiki jalan / kerja-kerja pembaikan jalan telah selesai. | Kedua-dua ayat di atas betul. | Lain-lain | 17.03.2010 |
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPM | DBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia. | Lain-lain | 12.04.2010 |
Selamat pagi. Kerja-kerja................ sungai itu dilakukan bagi mengelakkan masalah banjir. A. mendalam B. mendalami C. memperdalam D. memperdalamkan | Saudara Noor, Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukakan ialah : Kerja-kerja memperdalam sungai itu dilakukan bagi mengelakkan masalah banjir. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Apa maksud dan contoh frasa kata kerja biasa dan kata kerja lembur?..terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat "kerja lembur" ialah kerja yang dibuat di luar waktu pejabat (kerja malam), kerja lebih masa. Manakala kerja biasa atau kerja tetap ialah kerja yang dilakukan berterusan dan lazim dilakukan. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
maksud perkataan 'Kerja Segera / Kerja Kecemasan' | Kerja segera ialah kerja yang dilaksanakan dalam keadaan segera atau diperlukan segera. Kerja kecemasan ialah kerja yang dilaksanakan dalam keadaan kecemasan. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan ungkapan kerja segera lebih biasa digunakan. | Makna | 27.04.2009 |
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya? | Saudara, Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207. | Tatabahasa | 03.09.2009 |
1a)(Dengan kata-kata lain,)kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 1b)(Dengan kata lain, )kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 2. (Kerja-kerja menangkap ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. 2b) (Kerja-kerja penangkapan ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. Kedua-dua ayat di atas, manakah ayat betul? Bolehkah beri penerangannya. | 1) Dengan kata lain kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. - kata tidak perlu digandakan untuk merujuk kepada jamak. 2) Kerja-kerja menangkap ikan laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. - kata menangkap merujuk kepada perbuatan, manakala penangkapan merujuk kepada proses tersebut. Oleh itu, kata yang paling tepat ialah menangkap. | Tatabahasa | 10.08.2010 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
|