Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIH | Beberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan. | Lain-lain | 03.11.2008 |
Assalammualaikum, Saya inginkan maklumat yang berkaitan assal usul bahasa Melayu. Bahasa Melayu kaya dengan bahasa pinjaman, tolong senaraikan bahasa Melayu asli ( nukan pinjaman ) | 1. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. 2. Bahasa Melayu asli ada 4 sahaja iaitu: padi, besi, babi, ubi. | Lain-lain | 08.04.2009 |
Adakah ayat-ayat berikut betul dalam tatabahasa atau struktur ayat? "Ini bukan yang benar" "Dia kaya dengan perasaan" Adakah kamu menjadi besar dalam latar belakang macam ini? Dia telah memastikan produk itu boleh didapat di seluruh dunia. Dia juga ada perkara yang suka dan benci. | Ayat-ayat contoh yang diberikan betul, kecuali dua ayat. Dan ayat ini telah betulkan, iaitu: Dia telah memastikan produk itu boleh didapati di seluruh dunia. Ada perkara yang dia suka dan ada perkara yang dia benci.
| Tatabahasa | 08.10.2012 |
Sarat penumpang atau sarat dengan penumpang, kaya warisan atau kata dengan warisan? Mohon penjelasan. | Jawapan yang betul ialah sarat dengan penumpang dan kaya dengan warisan. Kedua-dua ungkapan ini lebih gramatis kerana ungkapan sarat penumpang dan kaya warisan tidak membawa apa-apa makna. | Tatabahasa | 26.05.2007 |
Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?] | Puan Rahemah, Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan. | Ejaan | 10.03.2010 |
Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya. Apakah 2 kesalahan ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana negara ini kaya dengan sumber semula jadinya. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.' | Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara". | Ejaan | 31.10.2011 |
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat." | Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 01.08.2013 |
saya merasa kesulitan tentang beberapa perkara yang tabu di malaysia, sedangkan di indonesia tidak tabu...seperti butuh...bisakah tuan memberi contoh dan asal katanya...t`maksih | Perkataan-perkataan yang mempunyai makna atau konotasi buruk dan negatif dalam masyarakat Malaysia tidak boleh digunakan walaupun perkataan tersebut mempunyai makna yang sebaliknya di negara asal. Langkah-langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dengan menjunjung agama Islam sebagai agama yang suci. | Tatabahasa | 25.07.2010 |
Bolehkah 'walaupun' digunakan bersama-sama dengan kata 'tetapi', misalnya: "Walaupun dia kaya tetapi dia kedekut". | Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "untuk" bagi menunjukkan ayat yang orang kaya itu memang kaya, tetapi beliau memiliki sifat kedekut. Bagi membantu juga, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 19.11.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| kaya (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berharta: berkuasa, berada, berwang, mampu, berpunya,
mewah, gana, ghani, sugih, melimpah-limpah, hartawan, dermawan,
2. Bersinonim dengan kaya dengan: subur, produktif, berhasil, banyak, lebat,
mempunyai, mengandungi,
| Kata Terbitan : mengayakan, memperkaya, terkaya, kekayaan, pengayaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.
Lihat selanjutnya... |
|