Kata |
Takrif |
Sumber |
ketetapan | 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak majikan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketetapan pajak | Id taksiran pajak (cukai dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan | 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan | 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak majikan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. | Kamus Pelajar |
deduksi | ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
deduksi | ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. | Kamus Pelajar |
isbat | Ar ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu); mengisbatkan mengesahkan, menetapkan, menentukan, mengukuhkan (kebenaran sesuatu); pengisbatan penetapan, penentuan, pengesahan: ~ yg jelas oleh Aquinas ini bukanlah bermakna manusia itu tidak ada kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetap | ketetapan | Kamus Pelajar |
rukhsah | Ar kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat (spt memakan bangkai, memendekkan sembahyang dlm perjalanan, meninggalkan puasa ketika sakit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengharaman | tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
constancy | n 1. quality of being firm or unchanging, ketetapan; (tech) kemalaran: ~ of purpose, ketetapan azam; 2. faithfulness, kesetiaan: he had expected ~ from his wife, dia mengharapkan kesetiaan drpd isterinya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fixity | n (of purpose) ketetapan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |
key | nada | Kesenian | Tiada | Bahagian pada alat muzik yang memainkan peranan melodi yang menunjukkan penentuan ketetapan nada tertentu. |
premium estimated | premium teranggar | insurans | Tiada | Premium sementara yang dikenakan tertakluk kepada pelarasan terakhir berikutan daripada ketetapan fakta-fakta yang perlu. |
parallel room | bilik selari | Umum | Tiada | Bilik mesyuarat yang dipecahkan kepada kumpulan peserta yang lebih kecil bagi membincangkan isu-isu tertentu dan membuat ketetapan bersama dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama. Bilik selari adalah sama dengan konsep sidang pleno. |
administrative | administratif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perkara yang bersifat pentadbiran yang dipertanggungjawabkan terhadap individu atau badan tertentu. Individu atau badan tersebut melaksanakan tugas mengikut peraturan pentadbiran yang mempunyai pengkhususan dari segi kerja, hierarki, kecekapan dan ketetapan waktu. Contohnya, tugas seorang Pegawai Daerah jelas bersifat administratif. Sinonim pentadbiran. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ketetapan | [ke.te.ta.pan] | کتتڤن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
alat piawai | standard tool | Alat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| tetap | 1. Bersinonim dengan kekal ( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, ) (adjektif:) Berantonim dengan sementara
2. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, ) (kata tugas:) Berantonim dengan terhenti-henti
3. Bersinonim dengan pasti ( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan, |
|
|