Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
sedar1 tahu akan keadaan yg sebenarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung.Kamus Pelajar
kenaltahu sedikit banyak ttg diri seseorang; pernah bersahabat atau pernah berjumpa dgn seseorang:Saya tidak ~ akan orang itu. ~-~ Cina baru kenal dan belum mesra lagi. berkenalan bersahabat; bercampur; bergaul:Saya sudah lama ~ dgn dia. berkenal-kenalan melakukan sesuatu supaya kenal antara satu dgn yg lain: Kedatangan mereka ialah utk ~ dgn kita. mengenal tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui:Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. mengenali mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam:Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. memperkenalkan 1. memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan:Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2. memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. terkenal diketahui umum; termasyhur; ternama:Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. kenalan orang yg sudah dikenal; sahabat. perkenalan perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. pengenalan perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka.Kamus Pelajar
berpura-puraberbuat sesuatu seolah-olah ; melakukan diri spt; berlagak spt. Dia ~ menangis. ~ tidak tahu.Kamus Pelajar
mengaku1. membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2. mengatakan ya ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3. menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak.Kamus Pelajar
akukata ganti diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut aku sbg kata ganti diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1. membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2. mengatakan ya ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3. menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1. mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2. menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negeri. akuan segala sesuatu yg diakui: ~ nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan.Kamus Pelajar
buta1 tidak dpt melihat kerana rosak matanya: Abangnya mengajar di sekolah orang-orang ~. 2 ki tidak tahu atau tidak ingat. ~ ayam a. pandangan menjadi kabur pd waktu senja. b. waktu senja. ~ belalang (celik) tidak dpt melihat tetapi matanya celik. ~ bular buta kerana biji matanya berselaput. ~ hati a. tidak berperasaan belas kasihan. b. tidak dpt menerima pengajaran orang. ~ huruf (kayu) tidak tahu menulis atau membaca. ~ kesip (pecah) buta kerana pecah biji matanya atau kerana tiada biji mata. ~ larangan tidak dpt melihat dgn jelas. ~ malam tidak dpt melihat pd waktu malam. ~ warna tidak dpt membezakan warna. membuta 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. membutakan menyebabkan menjadi buta.Kamus Pelajar
pura I; pura-puratidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. berpura-pura berbuat sesuatu seolah-olah ; melakukan diri spt; berlagak spt. Dia ~ menangis. ~ tidak tahu.Kamus Pelajar
harga1. nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ tiga ringgit. 2. ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasanya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1. mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2. tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; penting: Tugas penting bagi sesebuah muzium ialah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1. memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2. memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan Order of Merit oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan.Kamus Pelajar
besar1. tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi cantik. 2. hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik:Anak-anaknya semua sudah ~. 3. ukuran sesuatu benda: ~ rumahnya lebih kurang dua kali rumah ini. 4. paling tinggi pangkatnya dlm sesuatu jawatan; paling berpengaruh atau berkuasa: guru ~ guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; kerani ~ kerani yg mengetuai semua kerani di sesebuah pejabat; orang ~ orang yg memegang jawatan penting dlm kerajaan, di sesebuah firma dsb. ~ hati. a. bangga. b. senang atau girang hati. ~ kepala a. tidak mahu menurut kata orang lain. b. sombong. ~ mulut banyak bercakap. ~ perut a. kuat makan. b. mengandung atau hamil. membesar menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. membesarkan 1. menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2. menjaga atau memelihara hingga menjadi besar:Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3. menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. membesar-besarkan mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. memperbesar menjadikan lebih besar drpd yg ada:Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. besar-besaran dgn cara yg besar atau berlebih-lebihan:Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara ~. kebesaran 1. keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2. tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat:Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3. hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan;kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. pembesaran hal (cara dsb) membesar atau membesarkan:Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. pembesar 1. orang yg berpangkat tinggi: Semua ~ negeri turut hadir dlm perarakan Maulud Nabi. 2. alat utk membesarkan sesuatu: ~ suara alat utk menguatkan suara.Kamus Pelajar
fikir1. kata dlm hati; ingatan. 2. akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1. berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2. mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3. mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1. daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2. hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir.Kamus Pelajar
1
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.



Lihat selanjutnya...