Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka berkawan, Supaya hidup tidak berseteru; Sepakat Melayu seiring jalan, Selama hidup tidakkan malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka merendah, Bercakap besar ia pantangkan; Sepakat Melayu membawa faedah, Siapa ingkar binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu bertegur sapa, Ke mana pergi mencari kawan; Sepakat Melayu hidup bersama, Siapa dengki menjadi lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu berterus terang, Berkata lurus bercakap benar; Sepakat Melayu muka belakang, Siapa memupus azabnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat elok tabiat, Bercakap lurus berkata benar; Membuang adat kutuk melekat, Adab pupus nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu memantangkan tamak, Orang tamak diperbudakkan nafsu; Tabiat penipu hutangnya banyak, Hutang banyak banyaklah seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
tabiat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;,
Kata Terbitan : bertabiat,