Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk.

Takrif

Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.

Takrif

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.

Takrif

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk.

Takrif

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,